Messi mampu kembalikan nostalgia gandingan berbisa MSN bersama PSG

PERPINDAHAN mega bintang sensasi bola sepak dunia, Lionel Messi yang hampir pasti menyarung jersi kelab Perancis, Paris St-Germain (PSG) pada bila-bila masa menjelang musim baharu nanti sememangnya mengujakan ramai pihak.

Pertemuan semula penyerang berbisa itu bersama bekas rakan segandingannya di Barcelona, ​​Neymar pastinya mengimbau kembali nostalgia tiga rangkaian penyerang The Catalan bersama seorang lagi pencetak gol, Luis Suarez sebelum ini.

Dikenali sebagai gandingan MSN ketika itu, sudah pasti kerjasama antara Messi, Neymar dan seorang lagi bintang muda bola sepak PSG, Kylian Mbappe seakan-akan satu amaran awal buat kesemua pasukan lawan terutamanya aksi Liga Juara-Juara nanti, lapor BBC Sport.

Sudah pasti, kehadiran ketiga-tiga penyerang ini mampu memberikan dimensi berbeza buat pengendali PSG, Mauricio Pochettino yang kini tidak lagi memiliki alasan jika skuad kendaliannya tewas dalam mana-mana aksi domestik mahupun pentas Eropah.

Cuma pada masa sama, masa depan beberapa tonggak Les Parisiens seperti Pablo Sarabia, Julian Draxler, Mauro Icardi, Angel di Maria dan Mbappe sendiri juga mengundang tanda-tanya peminat dengan kehadiran Messi di kota Paris.

Khalifah Bin Hamad Al-Thani, saudara terdekat pemilik PSG Nasser Al-Khelaifi baru-baru ini secara terbuka telah mengesahkan Messi kini merupakan salah seorang pemain PSG.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

PSG dikatakan memberikan gaji 40 juta euro (RM198.5 juta) semusim ditambah bonus lain, selain menawarkan Messi kontrak selama dua tahun.

“Rundingan selesai secara rasmi dan akan diumumkan kemudian,” kata Khalifah menerusi satu ciapan di Twitter dengan gambar Lionel Messi memakai jersi PSG.

Semasa sidang media lewat malam tadi, Lionel Messi tidak menolak kemungkinan untuk berhijrah ke PSG selepas nekad mengucapkan selamat tinggal kepada Barcelona yang disertainya sejak 2000.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Sahut cabaran duduk di rumah, bos Liverpool akhirnya belajar ikat tali leher

Related Posts