Menjelang aksi final, Klopp menyibuk tidak mahu Man United menang piala – Sukan


PENJAGA gol utama Newcastle United, Nick Pope nampaknya terlepas aksi final pasukannya menentang Manchester United bagi merebut trofi Piala Carabao yang akan dilangsungkan hujung bulan ini.

Pemain antarabangsa England itu dilayangkan kad merah dalam aksi yang berakhir kekalahan 2-0 Newcastle kepada Liverpool pada Sabtu kerana memegang bola di luar kotak penalti.

Susulan insiden yang menimpa Pope, pengendali Newacastle, Eddie Howe nampaknya tidak mempunyai pilihan apabila perlu memilih Loris Karius sebagai penjaga gawang pada pentas akhir itu.

Menjelang perlawanan tersebut, bekas jurulatih Karius semasa berada di Liverpool iaitu Jurgen Klopp memberitahu bahawa dia percaya pemain kebangsaan Jerman itu mampu beraksi dengan baik.

“Ya, saya dengar tentang itu. Saya fikir mereka benar-benar boleh bergantung kepadanya, tidak ada keraguan.

“Dia seorang penjaga gol yang hebat, itulah sebabnya Newcastle menandatanganinya. Tetapi sudah tentu malang untuk Nick Pope pada masa ini.

“Sudah tentu (peluang yang baik untuknya). Inilah yang dia perlu buktikan,” ulas Klopp mengenai perkara berkenaan.

Dalam pada itu, pentas akhir itu merupakan medan terbaik buat Karius menebus kesalahannya dan membuktikan kembali kepada penyokong bahawa dia merupakan seorang penjaga gol yang hebat.

Kepercayaan penyokong terhadap Karius mula pudar selepas dia membuat kesilapan pada perlawanan Liverpool menentang Real Madrid pada pentas akhir Liga Juara-Juara Eropah 2018.

Perlawanan tersebut menyaksikan pasukan gergasi La Liga itu menang mudah 3-1 ke atas The Reds. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Fans’ NSFC tanya mana Goulon, sempat puji Kedah makin ke depan – Sukan

Next Post

Arif Aiman antara 3 bintang muda dalam radar Elavarasan ke Sukan Sea Kemboja – Sukan

Related Posts