‘Mendonia Scrim’ bakal uji kehebatan peminat FIFA Mobile pada September – Sukan


BANYAK syarikat permainan video sudah mula beralih ke arah dunia permainan mobile seperti yang dilakukan Electronic Arts (EA) dengan membawa FIFA keluar dari dunia konsol untuk menjadikannya FIFA Mobile.

Tujuan utama EA mencipta permainan FIFA Mobile ini adalah untuk memberikan pengalaman baharu serta menghadirkan perasaan teruja buat orang ramai kerana game ini boleh dimuat naik secara percuma.

EA Sports setiap bulan akan mengadakan kejohanan di dalam Discord Rasmi mereka iaitu EA Sports FIFA Mobile Malaysia bagi para peminat dan pemain kompetitif FIFA Mobile.

Buat julung kalinya “Mendonia Scrim September Edition” akan diadakan bagi memenuhi aktiviti dan merancakkan lagi komuniti FIFA Mobile di Malaysia.

Mengulas lanjut mengenai kejohanan tersebut, Pengurus FIFA Mobile, Gamesbond, Umair Jazree, 26, menyatakan terdapat beberapa cabaran untuk menganjurkan pertandingan itu kerana ia merupakan permainan baharu.

“Seperti yang kita tahu, permainan ini boleh dikatakan masih baharu jika nak dibandingkan dengan permainan mobile yang lain.

“Cabaran itu sudah pasti adalah bagaimana penerimaan dan sambutan komuniti terhadap kejohanan yang kita anjurkan.

“Alhamdulillah, setakat ini sambutan yang kita dapat sangat-sangat baik dan menakjubkan,” katanya pada Majoriti.

Kejohanan Scrim akan berlangsung pada 17 September 2022 secara online dengan menaruhkan hadiah keseluruhan berjumlah RM 500.

Tambahnya lagi, dengan sambutan yang diterima dari peminat dan pemain kompetitif FIFA Mobile Malaysia, pihak Gamesbond akan terus mengadakan kejohanan seperti ini setiap bulan.

“Dengan melihat respons yang baik dari mereka (komuniti FIFA Mobile Malaysia), kami sangat bersemangat dan berbesar hati untuk terus mengadakan kejohanan seperti ini pada setiap bulan.

“Buat masa ini di Malaysia kita hanya ada kejohanan buat komuniti FIFA Mobile di tanah air, namun kami yakin, EA Sports sudah pasti mempunyai perancangan tersendiri demi memacu permainan video ini lebih kehadapan dan lebih hebat,” jelasnya.

Umair berkata, dia memasang impian untuk melihat komuniti FIFA Mobile di Malaysia semakin berkembang dan tahu akan kewujudan permainan tersebut.

“Harapan saya agar dapat mengembangkan lagi komuniti FIFA Mobile di Malaysia sepertimana komuniti permainan mobile yang lain di Malaysia.

“Saya percaya masih ramai yang belum mengetahui wujudnya komuniti FIFA Mobile ini di Malaysia dan semoga dengan adanya kejohanan seperti ini mampu menarik lebih ramai lagi pemain untuk bersama kami di dalam komuniti FIFA Mobile Malaysia,” ujarnya

Kejohanan Scrim akan berlangsung pada 17 September 2022 secara online dengan menaruhkan hadiah keseluruhan berjumlah RM 500 selain membawa pulang in-game gems.

Scrim ini diikuti pula dengan kejohanan utama yang menawarkan hadiah lebih besar pada hujung bulan iaitu Mendonia Community Cup September Edition.

Dengan adanya scrim dan tournament setiap bulan ini, ia membuka peluang kepada pemain-pemain FIFA Mobile untuk menjadi pemain kompetitif sekali gus menaikkan lagi industri e-sukan di negara kita. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Lepas jadi hero Sang Badak, Saddil kena ‘tidur luar’ – Sukan

Next Post

Belum terima tawaran rasmi, 3 kelab dalam radar K Rajagobal – Sukan

Related Posts