Menang tipis lawan Sabah, Johor Tigris masih tercari-cari keserasian – Sukan


JOHOR Tigris menutup minggu ketujuh kempen Liga Sepak Takraw (STL) Emas Annuar 2022/23 dengan bergaya apabila meraih kemenangan 2-1 ke atas Sabah Mountaineers di Stadium Titiwangsa pada Ahad.

Kemenangan tersebut menyaksikan regu Johor itu kini memungut 16 mata untuk menduduki kedudukan keenam namun pasukan tersebut dan Negeri Sembilan Antlers masih berbaki satu lagi perlawanan.

Walaupun tidak beraksi tanpa regu utama, Farhan Adam yang meraih pingat perak acara berpasukan dan regu dalam Kejohanan Dunia King’s Cup di Thailand namun Johor masih mampu memberikan saingan kepada lawan.

Membariskan tekong import, Rattadech yang diapit Lutfil Hadi (pengumpan) dan Syahmi Syazwan (perejam), Johor mempamerkan aksi kurang menyengat sebelum mencatatkan kemenangan 21-23, 21-12 dan set ketiga berakhir dengan 22-20.

Pengurus Johor Tigris, Ahmad Hasif Mohamed Halim turut menzahirkan sedikit kekecewaannya terhadap prestasi anak-anak buahnya namun masih lega Johor mampu meneruskan rentak kemenangan.

Menurut Ahmad Hasif, isu masalah keserasian dan bahagian pertahanan pasukan Johor boleh membuatkan pasukannya mengalami keciciran mata dalam saingan kempen STL Emas Annuar 2022/23.

Hadi dan Syahmi ketika perlawanan menentang KL Thunders. — Facebook/STL

“Pada saya persembahan anak-anak buah saya pada hari ini (Ahad) di bawah paras yang agak baik tetapi Alhamdulillah pemain-pemain dapat mendapatkan kembali mata pada set ketiga. Kalau di set pertama itu sebenarnya kami nampak kurang keserasian dan kurang di bahagian pertahanan dan sebab itu kami kalah di set pertama.

“Jika kita lihat pasukan Johor keserasian di gelanggang agak kurang tetapi apabila bermula set kedua, mereka mampu baiki semula keserasian dan kurangkan kesilapan. Jadi sebelum set kedua kami beritahu pemain agar baiki bahagian pertahanan kerana di bahagian serangan kami ada,” katanya kepada Majoriti.

Bercakap mengenai kehilangan Farhan dalam skuad utama Johor yang ke Thailand, bagi Ahmad Hasif, kekosongan yang ditinggalkan pemain itu dapat digantikan dengan Hadi dan kapten Johor itu dapat menjalankan tugas yang baik sebagai pengumpan.

“Pada saya Hadi bermain agak baik tetapi ada kesilapan kecil dan mudah yang dilakukan pada set kedua. Perkara itu yang menyebabkan kami berada di mata yang agak tight dengan lawan,” tambahnya.

Selain aksi menentang Sabah, Johor juga merekodkan kemenangan 2-0 menewaskan Kuala Lumpur Guardian pada Sabtu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Giliran Wan Zack persoal keputusan pengadil, Zahrul Nizwan mohon maaf kepada Syukri Baharun – Sukan

Next Post

Murah dan jimat, OKS ada 3 pilihan ganti Kapten Marvel Sabah FC – Sukan

Related Posts