Mbappe dicadang sertai Real Madrid dalam karier

SERGIO Ramos percaya Kylian Mbappe perlu bermain untuk Real Madrid pada suatu masa dalam kariernya.

Bagaimanapun, beliau berharap Mbappe kekal di Paris Saint-Germain (PSG) buat masa ini.

Pandangan Ramos tersebut susulan menjadi rakan sepasukan kepada bintang PSG itu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Ramos sebenarnya telah lama menyokong penyerang Perancis berusia 22 tahun itu.

Namun, Mbappe dilihat terus kekal di PSG menerusi kontrak baharu.

Sementara itu, kontrak Ramos di Real Madrid berakhir, membolehkannya untuk menyertai Ligue 1 pada musim panas dengan kontrak selama dua tahun.

Bercakap kepada media Sepanyol, AS, Ramos bagaimanapun mempertahankan Real Madrid di mana beliau membuat 671 kemunculan sepanjang 16 musim.

Sehubungan itu, beliau berpendapat kelab itu menghimpunkan pemain terbaik seperti Mbappe.

Dia bagaimanapun berharap Mbappe tidak membuat keputusan untuk berhijrah dalam masa terdekat. – Mail Online

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Prestasi Marc Marquez jadi perdebatan selepas cedera teruk pada 2020

Next Post

Buku lali kaki kiri patah, McGregor terpaksa dibedah selama 3 jam

Related Posts