MENURUT talkSPORT, bintang Chelsea, Mason Mount, bersetuju syarat peribadi dengan Manchester United yang mana The Red Devils itu dijangka membentangkan bidaan rasmi pertama mereka.
Kontrak semasa Mount bersama The Blues akan tamat pada penghujung musim 2023/24 dan selepas menjalani rundingan untuk melanjutkan kontrak, dia tidak dapat mencapai terma dengan kelab Stamford Bridge.
Mount kelihatan bersedia untuk meninggalkan kelab pada musim panas dan Manchester United pula boleh membuat penambahan dalam jentera tengah dengan kehadiran pemain kebangsaan England itu.
Mount mengharungi musim mengecewakan bersama Chelsea.
Mason Mount. — Agensi
Pemain berusia 24 tahun itu menjaringkan tiga gol dan memberikan enam bantuan dalam 35 perlawanan sepanjang musim 2022-23.
Dia telah menjadi pemain penting untuk The Blues dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Mount telah menjaringkan 33 gol dan memberikan 37 bantuan dalam 195 perlawanan untuk The Blues namun kelihatan tidak akan menjadi sebahagian daripada pasukan di bawah Mauricio Pochenttino musim depan.
Perpindahan ke Old Trafford boleh memberi peluang kepada Mason Mount untuk menghidupkan semula kariernya.
Dengan Erik ten Hag bertindak sebagai pengendali pasukan, Mount mungkin kembali menunjukkan prestasi terbaiknya di United. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram