Masih tiada pengganti, jersi nombor 7 Sang Kenari kekal milik Baddrol Bakhtiar – Sukan


JERSI nombor 7 yang ‘dilepaskan’ oleh bekas pemain prolifik Kedah Darul Aman (KDA FC), Baddrol Bakhtiar masih eksklusif untuk musim 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC, Khamal Idris Ali berkata, tiada pemain Kedah yang menyarungkan jersi tersebut untuk musim depan selepas Baddrol meninggalkan skuad Hijau Kuning pada 2022.

“Berkenaan jersi nombor 7, untuk tahun 2023 masih tiada pemakai lagi…mungkin suatu hari nanti ada pengganti yang setara (Baddrol).

“Jersi itu mungkin akan dimiliki suatu hari nanti tapi untuk 2023, tiada pemakai lagi,” katanya pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Rakan Strategik dan Ketua Jurulatih Liga Super KDA FC 2023 di House Of The Kenari, pada Selasa.

Baddrol menyarungkan lilitan kapten dan jersi nombor 7 di Sabah FC. — Facebook

Majlis yang turut dihadiri pemilik saham terbesar KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar itu disiarkan secara langsung di Facebook Kedah Darul Aman FC.

Pada majlis itu juga, KDA FC turut mengumumkan Nafuzi Zain sebagai pengendali pasukan tersebut bagi musim 2023.

Untuk rekod, jersi nombor 7 KDA FC dianggap ‘keramat’ kerana reputasi Baddrol selaku kapten Kedah yang banyak mencurahkan kejayaan buat skuad Hijau Kuning sejak memakainya bermula musim 2006 lagi.

Jersi itu tiada pemakai sejak legenda Kedah itu mengucapkan selamat tinggal kepada KDA FC untuk menyertai Sabah FC pada musim ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tiada pemain Terengganu, Nafuzi dedah bakal bentuk team anak jati Kedah – Sukan

Next Post

Harga tiket tinggi, BAM janji Terbuka Malaysia 2023 saji pengalaman menakjubkan – Sukan

Related Posts