Masih berbisa! Pecutan Ronaldo 32.5 km/j ketika ledak gol untuk Manchester United

CRISTIANO Ronaldo melakukan pecutan 32.5 kilometer per jam (km/j) ketika Manchester United menentang Newcastle United pada Sabtu.

Bintang berusia 36 tahun itu menjaringkan dua gol ketika penampilan sulung bersama United.

Ronaldo kembali ke Old Trafford setelah menandatangani kontrak dengan kelab kendalian Ole Gunnar Solskjaer pada hujung bulan lalu.

Bagaimanapun ada suara-suara peminat bola sepak yang mempersoalkan kemampuan Ronaldo kerana usianya yang sudah dianggap ‘tua’.

Namun bintang Portugal itu berjaya ‘membalas’ kembali kritikan terhadapnya apabila mempamerkan aksi cemerlang dalam membantu kemenangan United.

Dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford pada Sabtu, United menang 4-1 ke atas Newcastle. – Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Ronaldo ledak dua gol bantu Manchester United menang 4-1 ke atas Newcastle United

Next Post

Cemerlang dalam e-Sukan dan akademik, ini resipi kejayaan Ahmad Akmal

Related Posts