‘Masa depan bersama Sabah bukan di tangan saya’ — Wak Am – Sukan


SABAH FC yang berjaya melangkah ke Piala AFC pada musim 2023 dilihat semakin agresif dalam melakukan persiapan dan antaranya membuat rombakan pemain sejak jendela perpindahan Liga Malaysia dibuka awal bulan lalu.

Antara wajah baharu yang sudah sah menyertai Sabah FC pada musim depan ialah penyerang Petaling Jaya (PJ) City FC, Darren Lok dan benteng kental Kuala Lumpur (KL) City FC, Irfan Zakaria, selain menjadikan Stuart Wilkin sebagai pemain tetap.

Selain kemasukan pemain baharu musim 2023, skuad Sang Badak juga membuat keputusan untuk menyambung kontrak beberapa tonggak tahun ini, antaranya Park Tae-su serta ‘kereta kebal’ Sabah FC, Dominic Tan.

Dalam pada itu, pasukan Sabah FC juga membuat keputusan untuk membuang beberapa pemain yang dianggap kurang memberi sumbangan kepada kelab itu iaitu bintang import Taiki Kagayama, Jose Embalo dan dua tonggak tempatan; Badrul Affendy, Alto Linus serta Nazirul Naim.

Namun, di sebalik skuad Sang Badak, terdapat sebilangan pemain yang mana masa depan mereka bersama pasukan masih tidak terjawab dan antaranya tonggak veteran, Amri Yahyah.

Amri ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Karnival Sukan Terbesar Malaysia Al-Ikhsan Sports di Dewan Tun Razak 3 & 4, WTCKL.

Tampil menjawab masa depan Amri bersama Sabah FC, pemain berusia 41 tahun itu berkata, segala keputusan mengenai lanjutan kontrak, dia menyerahkannya kepada pihak pengurusan.

“Jodoh saya dengan Sabah FC tidak pasti lagi, cuma saya serahkan kepada pihak pengurusan untuk menilai prestasi saya. Buat masa sekarang saya masih free agent dan belum buat keputusan untuk bermain bersama siapa tahun depan.

“Saya sekarang dengan keluarga. Belum fikir untuk pasukan mana saya akan bermain. Mungkin dalam masa terdekat saya akan beritahu,” katanya kepada Majoriti ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Karnival Sukan Terbesar Malaysia Al-Ikhsan Sports di Dewan Tun Razak 3 & 4, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Berbicara mengenai prestasi Sabah FC musim ini, Amri berkata, kredit patut diberikan kepada pemain yang sanggup main bermati-matian untuk membantu mencapai sasaran skuad The Rhinos.

Bukan itu sahaja, pemain yang mesra disapa panggilan Wak Am itu turut tidak melupakan jasa baik ‘tulang belakang’ Sabah FC iaitu penyokong yang mana sanggup turun ke stadium bagi menunjukkan sokongan.

“Pasukan yang hebat dengan pemain hebat datang untuk naikkan nama Sabah. Saya bersyukur dengan apa yang berlaku dan apa yang Sabah capai sehingga layak ke AFC. Itu memang antara target pasukan.

“Penyokong Sabah memang luar biasa. Boleh dikatakan setiap perlawanan, setiap sudut stadium penuh. Terima kasih kepada penyokong kerana sanggup datang dan beri saingan sengit,” jelasnya.

Musim lalu, pemain kelahiran Tanjung Karang, Selangor itu membuktikan kehebatannya di atas padang dengan menjaringkan lima gol dalam 18 penampilan Liga Super.

Di samping itu, Amri turut menjadi watak utama di sebalik kejayaan Sabah FC yang menamatkan saingan liga di tangga ketiga serta kemaraan ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Meriahkan JDT Fan Fest, raikan musim pertama kolaborasi JDT-GBX Esports – Sukan

Next Post

Lee Tuck sah tinggalkan Sri Pahang, bakal ke Kedah atau Terengganu? – Sukan

Related Posts