Marc Marquez alami gegaran otak ringan, legenda perlumbaan terkejut lihat detik kemalangan

LEGENDA perlumbaan motosikal Grand Prix Alex Criville turut menyaksikan kemalangan yang dialami Marc Marquez pada MotoGP Mandalika, hujung minggu lalu.

Menurut Alex Criville, insiden Marquez adalah kemalangan terburuk yang pernah dilihatnya setakat ini.

“Kemalangan Marquez adalah salah satu yang paling brutal yang saya lihat setakat ini.

“Nasib baik dia baik-baik saja. Akhirnya dia tidak mengambil bahagian dalam perlumbaan kerana tidak dibenarkan atas sebab perubatan,” kata pengendali Sepanyol itu yang memenangi GP500 pada 1999.

Seperti diketahui, Marc Marquez mengalami rempuhan bahagian atas di Selekoh 7 Litar Mandalika ketika menjalani sesi pemanasan menjelang perlumbaan MotoGP Mandalika, Ahad

Marquez terbabas sebelum berguling beberapa kali di atas litar.

Honda RC213V milik Marquez turut rosak teruk.

Bagaimanapun, pelumba itu masih dapat bangun dan berjalan selepas kemalangan itu.

Marquez segera diterbangkan ke sebuah hospital di Kota Mataram menggunakan helikopter untuk menjalani pemeriksaan.

Hasil pemeriksaan mendapati dia mengalami kecederaan kepala (gegar otak ringan).

Bagaimanapun, Pengarah Perubatan MotoGP, Dr Angel Charte berkata, keputusan ujian radiologi Marquez tidak mendedahkan sebarang kecederaan serius. – Kompas.com.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Sahut cabaran duduk di rumah, bos Liverpool akhirnya belajar ikat tali leher

Related Posts