Manuel Ott idam jaring gol, tetap waspada ancaman Selangor FC – Sukan


KAPTEN pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Manuel Ott menganggap kesemua pemain Selangor FC mempunyai kualiti tersendiri yang boleh memberi ancaman untuk aksi Liga Super pada Rabu.

Pertembungan sengit bakal disaksikan pada Rabu apabila anak buah Tan Cheng Hoe akan menerima kunjungan Kedah di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Selangor.

Jika dilihat rekod pertembungan dua pasukan itu dalam Liga Super sebelum ini, Ott merasakan keputusan yang agak seimbang dan Selangor sentiasa memberi laluan sukar kepada Kedah dalam setiap perlawanan.

“Ia semestinya akan menjadi cabaran terutamanya dari segi fizikal apatah lagi kedua-dua pasukan ini mempunyai pemain yang bagus.

“Kami akan cuba fokus kepada pasukan sendiri dan akan lebih memperbaiki kelemahan untuk melakukan yang lebih baik dalam setiap perlawanan.

“Kita boleh lihat mereka (Selangor) cukup seimbang pada musim ini dan ada ramai pemain berkualiti, tetapi jika saya perlu pilih seorang, Mickey (Faisal Abdul Halim) sentiasa menjadi ancaman.

“Dia adalah seorang pemain yang sukar dijangka dan kreatif di bahagian depan jadi kami perlu sentiasa mengawasinya”, katanya menerusi video MFL.

Manuel Ott musim ini mewakili Kedah Darul Aman FC. — MFL

Ott yang sebelum ini berjaya meraih satu gol peribadi dalam perlawanan lalu menentang Kelantan FC tidak menolak untuk menambah jaringan sekiranya berpeluang.

Namun, tugas utamanya adalah untuk menggerakkan pasukan di posisi tengah dengan lebih agresif.

“Ya, sudah tentu saya akan cuba untuk menjaringkan gol tetapi yang penting adalah untuk pasukan saya mengutip tiga mata.

“Tetapi, tugas saya lebih kepada mengawal rentak permainan di tengah namun jika saya berpeluang untuk meledak jaringan, sudah tentu saya gembira,” tambahnya.

Kedah ketika ini berada di tangga kelima Liga Super dengan 22 mata, manakala Selangor pula di kedudukan kedua selepas mengutip 25 mata. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Hafiz Sabah setanding Aqil Terengganu, tunggu masa pikat hati TMJ – Sukan

Next Post

Arif Aiman antara pemain B-23 termahal Liga M, bintang muda no.4 ramai yang tak sangka masuk ‘list’ – Sukan

Related Posts