Manchester United yakin Brendan Rogers bakal jadi pengganti Solskjaer

MANCHESTER United semakin yakin mampu mengetengahkan Brendan Rodgers sebagai pengurus baharunya.

Dikhabarkan, bos United berminat untuk melantik Rodgers sekiranya kelab itu tidak mempunyai pilihan selain memecat Ole Gunnar Solskjaer.

Mereka juga percaya Rodgers akan berminat untuk mengambil tugas tersebut, dengan syarat, perjanjian boleh dicapai dengan kelab yang sedang dikendalikannya ketika ini iaitu Leicester.

Rodgers mungkin akan keberatan untuk meninggalkan The Foxes, tetapi mengetahui bahawa ada sesuatu yang boleh dicapai secara realistik di sana, maka peluang untuk menguruskan United hampir mustahil untuk ditolak.

Undian yang dijalankan Bookmakers juga meletakkan Rodgers sebagai pilihan ‘favorite’ untuk menggantikan Solskjaer, walaupun United boleh menunggu sehingga musim panas sebelum membuat perpindahan. – Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pemain, kakitangan Manchester United percaya Solskjaer bakal dipecat

Next Post

Pemain bola sepak wanita PSG ditahan atas dakwaan menyerang rakan sepasukannya

Related Posts