Manchester City ‘reject’, betul ke Neymar ke JDT? – Sukan


BARU-BARU ini, heboh di media sosial dengan perkhabaran bahawa bekas bintang Arsenal, Mesut Ozil diintai pasukan Johor Darul Takzim (JDT) pada jendela perpindahan Liga Malaysia musim 2023.

Pemain berusia 33 tahun itu disebut-sebut ke Harimau Selatan berdasarkan rumours antarabangsa yang dikongsikan Junpiter Futbol pada 29 Ogos lalu.

Belum lagi reda khabar angin tersebut, satu lagi nama bintang antarabangsa iaitu pemain Paris Saint-Germain F.C (PSG), Neymar pula dikaitkan dengan pasukan negeri di Selatan tanah air itu.

Semuanya gara-gara sebuah video yang dikongsi pemilik JDT sendiri, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris dalam laman IG story miliknya.

Dalam video pendek tersebut menyaksikan seorang pemain kelab Brazil, Bruno Agnello memberitahu bahawa Neymar sudah menerima Jersi JDT.

“Hey Prince, here, look, I got the man here with your t-Shirt. (Hei, lihat tuan badan (Neymar) ada bersama jersi anda), ” katanya.

Neymar yang berada di sebelah menunjuk jersi tersebut sambil mengucapkan ribuan terima kasih.

Kemudian Agnello menyambung “See you there in Negeri Johor. We are going, we are going (Jumpa anda di Johor. Kami akan ke sana),” katanya sambil menunjuk ke arah Neymar dan Neymar pula menunjuk isyarat telefon sambil tersenyum.

Menurut laman Transfermarket, kontrak pemain berusia 30 tahun berkenaan bersama PSG hanya akan tamat pada 30 Jun 2025.

Bagaimanapun, media antarabangsa melaporkan tingkah laku di bilik persalinan serta hubungannya yang renggang dengan rakan sepasukan, Kylian Mbappe telah membuatkan PSG mahu melepaskan pemain bintang itu.

Manchester City merupakan antara kelab yang menjadi pilihan PSG untuk Neymar, tetapi juara Liga Perdana Inggeris itu menolak peluang untuk menandatanganinya.

Sehingga kini, nasib Neymar pada musim depan masih lagi menjadi perdebatan hangat peminat sukan antarabangsa biarpun jendela perpindahan sudah tertutup.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Belum terima tawaran rasmi, 3 kelab dalam radar K Rajagobal – Sukan

Next Post

Hanya kerana mulut, hukuman gantung Nunez mungkin dilanjutkan – Sukan

Related Posts