Man.United masih mahu berbelanja sakan, cuba sambar Griezmann dengan harga murah

CUBA mengambil kesempatan di atas masalah kewangan yang dihadapi Barcelona, Manchester United kini dilaporkan sedang menumpukan perhatian untuk memancing Antoine Griezmann.

Setelah berbelanja sakan untuk jendela perpindahan kali ini, skuad The Red Devils dikatakan mahu lebih berhati-hati ketika berbelanja untuk membeli mana-mana pemain baharu dan cuba membawa Griezmann dengan tawaran yang rendah ke Manchester, lapor Daily Star.

Kelab Manchester itu difahamkan ingin mendapatkan Griezmann susulan perpindahan Anthony Martial ke Inter Milan.

Dia pernah dikaitkan untuk berhijrah ke England bersama United ketika masih menyarung jersi Atletico Madrid sebelum berubah fikiran menyertai Barcelona.

Sekiranya Manchester United menandatangani Griezmann, ia akan menjadi perpindahan ketiga terbesar skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer menjelang musim baharu selepas berjaya mengikat dua bintang iaitu Jadon Sancho dan Raphael Varane sebelum ini.

Difahamkan, Manchester United akan mengemukakan proposal pembelian Griezmann kepada Barcelona tidak lama lagi.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Griezmann dilaporkan mendapat gaji sebanyak GB£ 32 juta (RM187.6 juta) setahun dari Barcelona. Bayaran itu adalah antara yang tertinggi untuk kelab berkenaan.

Perkara itu mencetuskan kemarahan dalam kalangan peminat The Catalan yang menyalahkan Griezmann kerana menjadi punca Barcelona tidak mampu untuk mengekalkan Lionel Messi di Camp Nou ekoran masalah kewangan dan terpaksa memotong gaji pemain demi kelangsungan kelab.

Selain Manchester United, Griezmann juga berada dalam radar beberapa kelab terkemuka Eropah termasuk Chelsea.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Sahut cabaran duduk di rumah, bos Liverpool akhirnya belajar ikat tali leher

Related Posts