Man U sedia guna khidmat ubi muda Perancis ratah Tottenham – Sukan


SKUAD kendalian Erik Ten Hag bertandang ke utara London pada Jumaat ini jelas mempunyai semangat yang tinggi terutamanya selepas menewaskan Brighton menerusi penentuan penalti untuk mara ke final Piala FA.

Justeru itu, United menyimpan hasrat untuk mendapatkan satu lagi kemenangan menentang Tottenham Hotspur yang kini berada dalam prestasi kurang memuaskan.

Skuad The Lilywhites baru-baru ini terpaksa akur menerima kekalahan 6-1 menentang Newcastle pada hujung minggu lalu, sekali gus menyaksikan harapan Liga Juara-Juara mereka semakin pudar.

Bagaimanapun, tidak semua indah buat skuad Ten Hag apabila beberapa tonggak utama United mengalami kecederaan dan akibatnya pengendali itu terpaksa memanggil beberapa pemain akademi untuk membantu.

Antaranya ialah wonderkid Manchester United, Willy Kambwala yang dilihat dalam latihan menjelang lawatan Red Devils ke Tottenham.

Pemain yang dilahirkan di Republik Demokratik Congo pada 2004 itu mengikut keluarganya berpindah ke Perancis ketika dia berumur lima tahun.

Selepas memulakan perjalanan bola sepaknya bersama Elan Chevilly Larue, Kambwala berpindah ke Les Ulis pada 2013 sebelum menyertai pasukan Ligue 2 Sochaux pada 2020.

Kambwala berkemungkinan akan menjadi senjata rahsia United bagi aksi menentang Tottenham.

Dia kemudian menyertai United dalam perpindahan RM19.5 juta pada 2020 selepas ditandatangani oleh Ole Gunnar Solskjaer.

Bek tengah berusia 18 tahun yang pernah menjadi ketua pasukan Perancis di peringkat bawah 16 tahun itu, terkenal dengan keyakinannya terhadap bola dan kebolehan untuk memilih hantaran ke hadapan dari pertahanan.

Kambwala dijangka akan diturunkan menjelang pertembungan United menentang Tottenham pada Rabu untuk mengisi kekosongan Lisandro Martinez dan Raphael Varane.

Duo pertahanan itu mendapat kecederaan semasa Manchester United seri 2-2 Liga Europa menentang Sevilla di Old Trafford pada awal bulan ini.

Martinez telah diketepikan untuk baki musim ini kerana kecederaannya, manakala Varane tidak mungkin beraksi lagi dalam Liga Perdana musim ini.

Dengan Victor Lindelof dan Harry Maguire menjadi satu-satunya pertahanan tengah kelab yang cergas, Ten Hag terpaksa mencari pemain simpanannya untuk mencari alternatif.

Luke Shaw telah membuktikan dia boleh mengisi slot bek tengah apabila diperlukan dan ia terbukti ketika aksi menentang Brighton dalam separuh akhir Piala FA.

Kambwala bukanlah satu-satunya pemain muda yang dipanggil untuk berlatih dengan pasukan utama pada Selasa, dengan bek kanan Marc Jurado, Isak Hansen-Aarøen dan Zidane Iqbal turut dilihat berada di Carrington menjelang perlawanan menentang Tottenham. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kim Swee mahu Stadium Likas terus kukuh sebagai kubu kebal buat setiap pelawat – Sukan

Next Post

Didakwa ‘post’ luahan isu dalaman TRW, isteri penjaga gol tampil dedah kebenaran – Sukan

Related Posts