Mamut jelmaan bekas striker musim lepas, Sony Norde dipuji buang habit buruk – Sukan


TERENGGANU FC (TFC) menunjukkan kualiti mereka sebagai pasukan Liga Super apabila menepati ramalan menang mudah 4-0 ke atas Kuala Lumpur (KL) Rovers dalam aksi pertama pusingan kalah mati Piala Malaysia di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Jumaat.

Skuad kendalian Tomislav Steinbruckner memulakan permainan dengan cemerlang dengan mengikut setiap perancangan dengan baik sehingga menghasilkan permainan yang membuahkan hasil menerusi dua jaringan pada babak pertama perlawanan.

KL Rovers cuba memberi ancaman namun kelemahan mereka yang mudah kehilangan bola membuatkan TFC lebih menguasai permainan sehingga dua jaringan dari penyerang import, Ivan Mamut meletakkan Sang Penyu di depan meninggalkan pasukan KL Rovers.

Memasuki separuh masa kedua, ubi muda TFC, Engku Shakir mencetak jaringan ketiga pada minit ke-50 menerusi hantaran dari Sony Norde dan dengan mudah menewaskan penjaga gol pasukan Liga M3 itu, Ameerul Eqhwan.

17 minit kemudian dari jaringan ketiga Engku, Mamut melengkapkan hatrik di perlawanan pertama Piala Malaysia musim ini dan jaringannya itu sedikit sebanyak menambah keyakinannya untuk tampil lebih cemerlang selepas ini.

Sony meraih pujian daripada penyokong apabila memberi sumbangan hantaran bantuan. — Facebook/TFC

Terdapat juga penyokong kelab Pantai Timur itu berpendapat bahawa import dari Croatia itu seperti jelmaan bekas penyerang musim lepas, Kpah Sherman yang lebih menyerlah pada saingan Piala Malaysia berbanding Liga Super.

Selain Mamut, penyerang sayap import, Sony Norde juga meraih pujian tidak henti-henti apabila memberi sumbangan hantaran bantuan kepada rakan sepasukan dan sekali gus menutup mulut penyokong yang melabelnya sebagai seorang pemain tamak.

“Mamut nak jadi Kpah Sherman musim lepas biasa tapi hebat semasa Piala Malaysia. Di liga sendu,” kata penyokong TFC, Jied Aries.

“Sony baru buka hijab ke, baru tengok main passing macam itu,” tambah penyokong skuad Penyu, Ir Shafiq.

“Lancar sikit permainan Sony, tidak nampak tamak. Mamut pun nampak bersungguh-sungguh,” puji penyokong, Mohd Fadzil Ah Talib.

Dalam aksi timbal balik kedua, KL Rovers bakal berkunjung ke Terengganu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu pada 18 Ogos nanti. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tiada niat cederakan, Rodney mohon maaf secara terbuka buat Seon-ung, fans TBG – Sukan

Next Post

Perlu kekal dengan pasukan sedia ada, 3 pemain patut jangan balik semula ke pangkuan JDT – Sukan

Related Posts