Malaysia Esports League 2021 berakhir dengan cemerlang bagi musim pertama

ESPORTS Integrated (ESI), sebuah inisiatif di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan kejayaan penganjuran Malaysia Esports League 2021 (MEL21) peringkat kebangsaan, pada Rabu lalu.

Liga e-sukan Malaysia ini telah diadakan dalam dua peringkat, iaitu liga negeri pada 10 Julai hingga 8 Ogos dan liga kebangsaan pada 14 Ogos hingga 31 Ogos 2021.

Seramai 288 pemain dari 64 buah pasukan mewakili 13 negeri dan Wilayah Persekutuan telah bertanding dalam MEL21 dalam empat kategori, PlayerUnknown’s Battlegrounds Mobile (PUBGM), Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), EA Sports FIFA21 dan Dota 2.

Keempat-empat juara MEL21 berjaya membawa pulang wang tunai RM20,000 dan pingat juara setiap satunya.

MEL21 dianjurkan oleh ESI dengan kerjasama 16 buah persatuan e-sukan negeri.

Hampir 30,000 pemain akar umbi tempatan mendaftar untuk pertandingan yang sepenuhnya dijalankan secara dalam talian, yang diadakan mengikut SOP yang ditetapkan di bawah Pelan Pemulihan Nasional – Fasa 1.

Bagi PUBGM, perlawanan diadakan pada 14, 15, 16 Ogos dengan 22 Ogos sebagai hari perlawanan terakhir.

Team Farang Guerilla terdiri daripada Adib Syazwan Abd Razak (ketua pasukan), Nur Muhammad Safiuddin Abdul Jabar, Muhammad Abbas Saufi dan Mohammad Helmi Eizlan Mohammad Ehsan.

Untuk Dota 2, perlawanan kumpulan diadakan pada 17 dan 18 Ogos 2021.

Semua 16 pasukan dibahagikan kepada empat kumpulan yang bertanding dalam format liga dalam pertandingan “Best of 1” sebelum beralih ke pusingan kalah mati.

Pasukan Thanks dari Sarawak muncul sebagai pemenang dalam perlawanan akhir menentang pasukan ANIMALS dari Selangor, kembali dari defisit 2-0 untuk memenangi perlawanan pada perlawanan kelima dengan pengiraan mata 2-3.

Pasukan Thanks terdiri daripada Benedict Chin Kuok Hong (Ketua Pasukan), Nelson Chin Kuok Chiat, Raymond Then Wan Jia, Nicholas Chin Kuok Chun dan Low Kin Siong.

Empat kategori yang dipertandingkan ialah PUBGM, Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), EA Sports FIFA21 dan Dota 2

Bagi FIFA21 pula, perlawanan diadakan pada 20, 21 Ogos dengan 27 Ogos sebagai Final Playoff.

16 pemain dibahagikan kepada 4 kumpulan semasa pusingan liga awal sebelum pemenang dari setiap kumpulan mara ke peringkat kalah mati semasa Final Playoff.

Muhammad Faiz Hariry dari Kedah (OrangeFavLain) muncul sebagai juara, mengalahkan Kamil Al Amini Jamalludi Al Amini (AKA MAXNEVIS) dari Perak.

Seterusnya MLBB, perlawanan diadakan pada 23, 24 dan 30 Ogos, sebelum Final Playoff pada 31 Ogos 2021.

16 pasukan dibahagikan kepada 4 kumpulan semasa peringkat liga awal sebelum pemenang setiap kumpulan mara ke pusingan kalah mati Upper Bracket dan 4 pasukan dengan mata tertinggi bergerak ke pusingan kalah mati Lower Bracket.

Cyduken, Pulau Pinang menang mengatasi Mikey, Terengganu dengan skor 3-0.

Cyduken terdiri daripada Aiman Zairie Anuar (Ketua Pasukan), Muhammad Hakim Adanan, Muhammad Nabil Japri, Ahmad Zaki Ibrahim dan Mohamed Aiman Solihin Mohamed Iqbal.

“Lanjutan daripada kejayaan MEL21 yang julung-julung kalinya dilangsungkan ini, KBS menerusi ESI bercadang untuk menjadikan MEL sebuah acara tahunan untuk terus menyokong pembangunan pemain e-sukan akar umbi tempatan

“Dalam edisi MEL yang seterusnya, kami berharap untuk dapat lebih banyak penglibatan daripada pemain wanita dan pelbagai kaum” ” kata Ketua Pegawai Eksekutif Esports Integrated Ahmed Faris Amir kepada mStar.

Kesemua perlawanan disiarkan secara langsung di platform kejohanan e-sukan kebangsaan, e-sukan.gg dan halaman Facebook ESI.

Sebanyak 2.2 juta minit video ditonton, dan 700,000 jumlah tontonan direkodkan sepanjang MEL21.

Ini menunjukkan minat masyarakat terhadap e-sukan tempatan untuk sebuah kejohanan menarik dan kompetitif untuk akar umbi.

Jumlah tontonan adalah melebihi unjuran awal ESI yang telah mensasarkan 100,000 tontonan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Mo Salah minta bayaran luar biasa

Next Post

Pecah rekod! Jersi nombor 7 Ronaldo laku keras

Related Posts