Malaysia berpotensi jadi jaguh, jurulatih sepak takraw mahu pembangunan acara kuadran semakin rancak – Sukan


SEPAK takraw merupakan sukan tradisional negara kita. Sejak dari dulu, kita telah memainkan sukan itu dan Malaysia adalah pelopor kepada permainan tersebut selain Thailand.

Seiring masa, sepak takraw mengalami perubahan dari segi cara bermain terutamanya melibatkan format. Lazimnya, permainan ini dimainkan secara regu (bertiga) atau beregu (berdua) tetapi pernahkah anda dengar main secara berempat?

Sepak takraw kuadran merupakan salah satu kategori baharu sukan tersebut dengan ia merupakan acara empat lawan empat dalam satu perlawanan.

Format ini adalah salah satu daripada 109 acara yang dipertandingkan dalam Karnival Sukan Selangor (SUKSES) 2023 yang diadakan bermula pada 7 November hingga 19 November ini.

Pasukan Hulu Selangor bimbingan Ahmad Shah Abd Rani menguasai acara tersebut apabila berjaya membawa pulang dua pingat emas dan satu perak. Salah satu daripada emas tersebut hadir menerusi acara kuadran.

Dalam acara akhir yang diadakan di Hulu Langat, Selangor itu, pasukan Hulu Selangor berjaya menewaskan daerah Sepang untuk memenangi kategori kuadran ini.

Ahmad Shah (memegang mikrofon) bercakap selepas membawa Hulu Selangor menjuarai acara kuadran. — Facebook/MSN Selangor

Menurut Ahmad Shah, apabila pihak penganjur SUKSES mengumumkan acara kuadran akan dipertandingkan, ia telah menimbulkan keterujaan buat mereka kerana telah muncul satu lagi peluang untuk mendapatkan pingat.

“Sebenarnya kami amat teruja apabila buat pertama kali SUKSES mengadakan acara kuadran ini. Justeru, kami telah membuat persiapan rapi bagi menguasai acara ini.

“Latihan yang berterusan iaitu empat hari dalam seminggu dan ia berterusan dalam tempoh tiga bulan. Akhirnya, ALHAMDULILLAH kami berjaya memenangi emas bagi SUKSES kali ni,” kata Ahmad Shah kepada Majoriti.

Namun begitu, Ahmad Shah berharap perhatian mengenai acara kuadran ini dapat membantu mengembangkan format ini. Hal ini kerana, format ini masih lagi hijau dalam dunia sepak takraw.

Ahmad Shah berharap akan ada lebih banyak kejohanan-kejohanan yang mempertandingkan format kuadran supaya ia akan terus berkembang dan Malaysia menjadi jaguh dalam kategori tersebut.

Ketika servis sepak takraw kuadran dilakukan, seorang pemain akan menggerakan bola sambil tiga rakan sepasukan menanti di jaring. — Facebook/MSN Selangor

“Harapan saya agar kategori kuadran ini diperkasakan dan diteruskan dengan penganjuran kejohanan bagi kategori ini.

“Selain itu, kategori Quadran ini perlu diperkenalkan diperingkat akar umbi seperti di MSSD, MSSN dan MSSM.

“Sudah pasti harapan saya agar kategori kuadran ini terus berkembang di Malaysia dan berharap agar pasukan Malaysia dapat menjadi jaguh kategori kuadran di persada dunia,” ujar Ahmad Shah.

SUKSES merupakan sebuah kejohanan sukan dwi-tahunan yang dianjukan oleh kerajaan negeri untuk mencungkil bakat baharu yang boleh diangkat menjadi atlet SUKMA Selangor. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

[VIDEO] Kobe Chong ‘payung’ skil Arif Aiman lepas Richard Chin sarung jersi Harimau Muda – Sukan

Next Post

Everton tak puas hati, EPL tolak 10 mata – Sukan

Related Posts