Makin kurang pemain, 3 ‘free agent’ tempatan wajar disambar The Red Warriors – Sukan


MASALAH dalaman yang dihadapi Kelantan FC pastinya sedikit sebanyak memberi kesan kepada prestasi yang kurang cemerlang ditampilkan oleh barisan pemain pasukan itu.

Ini kerana, isu mengenai tunggakan gaji menjadi punca utama beberapa pemain The Red Warriors (TRW) mengambil keputusan drastik apabila dilihat angkat kaki daripada kelab tersebut.

Kelantan FC kehilangan beberapa pemain yang cukup memberikan impak positif kepada dalam perlawanan Liga Super 2023 walaupun dilihat hanya meraih satu kali kemenangan sepanjang 15 aksi.

TRW gagal dalam meraih sebarang kemenangan walaupun berjaya menewaskan pasukan Penang FC pada Mac lepas perlawanan ketiga Liga Super.

Pada awal bulan April, TRW terpaksa melepaskan pemain import, Miguel Cifuentes yang mempunyai pengalaman luas dalam kancah bola sepak.

Cifu mengambil keputusan itu kerana ingin beraksi bersama pasukan Di Bawah Bayu iaitu Sabah FC yang dibawa masuk pada April lepas.

Selain Cifu, Mario Arques, Carli de Murga dan Nuho Marong antara pemain TRW yang turut mengikuti jejak Cifu.

Oleh itu, kekurangan pemain memberi peluang kepada beberapa pemain yang kini berstatus sebagai ejen bebas dilihat sesuai untuk menyertai Kelantan FC untuk menghadapi baki perlawanan musim ini.

Wan Zaharulnizam Zakaria. — Agensi

1. Wan Zaharulnizam Zakaria

Pemain sayap kiri, Wan Zaharulnizam Zakaria atau lebih dikenali Kecik pernah beraksi bersama pasukan Melaka United FC musim 2022 dan 11 kali menjadi kesebelasan utama.

Walaupun tidak mencatatkan sebarang gol namun dia pernah membuat empat kali hantaran bantuan dalam Liga Super dan Piala FA.

Anak jati kelahiran Kelantan FC itu juga merupakan salah seorang yang mampu memberikan dorongan kepada barisan serangan.

Selain itu, pemain kelahiran Tumpat tersebut berkemampuan untuk menggelecek pemain lain dengan baik.

Azizan Nordin. — Agensi

2. Azizan Nordin

Pemain berasal dari Bongawan, Sabah itu mula mendapat perhatian ketika mewakili skuad Sang Badak selepas tamat berkhidmat dengan Harimau Muda B.

Bekas pemain tengah utama Sabah yang beraksi di bahagian tengah dan pernah dipanggil untuk menyarung jersi kebangsaan.

Kelab terakhir diwakili oleh pemain berusia 28 tahun ialah Penang FC selama satu tahun sebelum dilepaskan pada musim ini.

Azizan boleh bermain di posisi tengah dan terkenal dengan kekuatan fizikalnya sekali gus boleh beraksi sebagai tengah bertahan.

Persembahan bertenaga sepanjang berkhidmat bersama Sabah juga membuktikan betapa berkualitinya pemain ini.

Pastinya Azizan ingin memanfaatkan peluang yang ada untuk membuktikan kebolehan sebenar dalam membantu skuad negara untuk misi mengutip mata pada perlawanan seterusnya.

Stuart Wark. — Agensi

3. Stuart Wark

Bekas pemain warisan Johor Darul Takzim (JDT), Stuart Wark mewarnai kembali kancah Liga Malaysia (Liga M) selepas kontraknya tamat bersama kelab divisyen bawahan Thailand, Kasetsart FC.

Pemain pertahanan tengah itu pernah berkhidmat bersama Sarawak United kerana memilih untuk berkelana ke luar negara selepas pasukan Borneo itu terpalit dengan pelbagai isu terutamanya masalah gaji.

Walaupun tidak pernah menjaringkan gol namun dia sering menjadi pilihan pihak kejurulatihan sebagai pemain kesebelasan utama.

Kehadiran Stuart Wark merupakan pilihan terbaik untuk membantu pasukan Kelantan FC melihat kepada kebolehan serta pengalamannya dalam Liga Malaysia (Liga M).

Bagaimanapun, isu tunggakan gaji bukanlah satu masalah yang besar untuk mendapatkan ketiga pemain tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Irfan: Tak biasa kalah berpanjangan, kini mahu lazimkan menang berturutan – Sukan

Next Post

‘Enggan terima nilai bawah RM5 juta’, Norizam jawab spekulasi 2 usahawan bida TRW – Sukan

Related Posts