Main tak sampai 7 perlawanan, Jimmy antara nama besar yang terpaksa kena ‘loan’ demi survival – Sukan


PELBAGAI kejutan dapat disaksikan pada jendela perpindahan kedua musim 2023 seperti nama bekas pemain yang pernah mencipta sensasi pada tahun sebelum ini kembali ke kancah Liga Malaysia (Liga M) dengan menyertai pasukan lain.

Pemain yang kembali ke kancah domestik paling mencuri tumpuan pada jendela perpindahan Julai ini ialah bekas pemenang Anugerah Kasut Emas musim 2020 dan 2021 iaitu Ifedayo Olusegun dengan menyertai Kedah Darul Aman (KDA) FC.

Selain perpindahan bekas penggempur berbisa Selangor FC itu, banyak juga import baharu yang diumumkan menyertai pasukan beberapa Liga Super seperti bekas tonggak Juventus, Richmond Boakye (Selangor FC); Rafael Silva (Sri Pahang) dan Ramon Machado (Sabah FC).

Cerita khabar angin perpindahan pemain lain masih belum tutup dengan beberapa nama besar tanah air juga dikaitkan akan bertukar majikan secara pinjaman kerana misi mengumpul minit permainan jadi matlamat utama.

Berdasarkan laporan serta khabar angin di media sosial, berikut merupakan tiga pemain tanah air yang sudah dipinjamkan atau semakin hampir untuk ke kelab lain dengan status pinjaman;

1) Khuzaimi Piee

Khuzaimi mengumpul 361 minit permainan setakat ini bersama Selangor. — Facebook/SelangorFC

Pertahanan kebal skuad kebangsaan, Khuzaimi Piee dikatakan akan berhijrah ke pasukan Utara tanah air, Pulau Pinang pada Julai ini secara pinjaman dari Selangor FC dan difahamkan perpindahan tersebut bagi membuka peluang kepada 29 tahun itu untuk mengumpul minit permainan.

Sejak menyertai Gergasi Merah pada Januari lalu dari Negeri Sembilan FC (NSFC), bek tengah itu bukan pilihan utama pengendali Tan Cheng Hoe dan buktinya Khuzaimi hanya beraksi sebagai kesebelasan utama dalam tiga perlawanan Liga Super.

Selebihnya pemain berusia 29 tahun itu menjadi pemain gantian dalam tiga perlawanan dan memanaskan bangku simpanan sebanyak tujuh kali aksi pusingan pertama Liga Super musim ini.

Malah, disebabkan hanya tampil dalam enam perlawanan Liga Super dan merekodkan 361 minit permainan, Khuzaimi ataupun pemain yang mesra dengan sapaan Jimmy itu tidak lagi menjadi kegemaran pengendali kebangsaan, Kim Pan-gon untuk mewakili skuad kebangsaan bagi perlawanan antarbangsa.

Kali terakhir Khuzaimi beraksi untuk Harimau Malaya adalah ketika kejohanan Piala AFF pada tahun lalu dan ketika perlawanan antarabangsa itu juga pemain kelahiran Melaka itu terpaksa diketepikan kerana mengalami kecederaan betis.

Jika Khuzaimi memutuskan untuk berhijrah ke Penang FC, ia adalah keputusan tepat untuk mengembalikan semula kariernya dan malah boleh memikat semula Pan-gon untuk menyenaraikannya ke skuad Piala Asia.

2) Mior Dani Armin

Mior Dani hanya diturunkan dalam tujuh perlawanan musim ini bersama Kedah. — Instagram/MiorDani

Nasib Mior Dani Armin ibarat diperjudikan oleh majikan sendiri, Kelantan FC apabila sejak jendela perpindahan kedua musim lalu, pemain tengah itu dipinjamkan ke dua kelab iaitu Sri Pahang (Jun-November) dan terbaharu bersama skuad Sang Kenari pada awal Januari ini.

Namun tidak sampai enam bulan menghirup udara Darul Aman dan bergelar pemain Kedah, Mior Dani sekali lagi dikhabarkan akan menjadi pinjaman ke Penang FC ataupun mungkin kembali ke Sri Pahang FC dalam masa terdekat ini.

Perkara itu dikongsikan oleh pemerhati bola sepak tanah air, T. Avineshwaran menerusi laman Twitter miliknya pada Jumaat.

Sepanjang 15 aksi Liga Super pada awal musim ini, Mior Dani cuma diturunkan dalam tujuh perlawanan dan kesemuanya tampil sebagai pemain gantian, selain mengumpul 100 minit permainan sahaja.

Jeneral tengah itu antara tonggak utama Kelantan awal musim saingan Liga Perdana 2022 kerana sering mempamerkan persembahan berkualiti tinggi sepanjang mewakili TRW sehinggakan banyak pasukan berminat menggunakan khidmatnya.

3) Haziq Puad

Haziq diumumkan sebagai pemain baharu Harimau Kumbang pada 7 Julai lalu. — Facebook/PenangFC

Berbeza dengan dua tonggak di atas, Haziq Puad sudah sah diumumkan sebagai pemain baharu Penang FC secara pinjaman dari Perak FC pada jendela perpindahan kedua ini dan pertahanan berusia 30 tahun sudah pun membuat penampilan bersama Harimau Kumbang.

Haziq bermain selamat 16 minit ketika perlawanan Harimau Kumbang menewaskan Kelantan FC 4-3 di Stadium Bandaraya, George Town, Pulau Pinang FC.

Dengan kebolehan yang ada pada pemain kelahiran Kedah itu, Haziq mampu diturunkan sebagai seorang bek tengah mahupun bek sayap dan sekali gus menjadikannya pinjaman berbaloi untuk skuad kendalian Manzoor Azwira Abd Wahid.

Sejak menyertai skuad The Bos Gaurus pada awal Januari ini, Haziq tampil dalam enam perlawanan dan lima daripadanya hanya memanaskan bangku simpanan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Man United sentiasa di hati saya’, ucapan selamat tinggal David de Gea yang disebut-sebut sertai Arab Saudi – Sukan

Next Post

Legenda Man United UCL 2008 kini dilapor tenat di ICU – Sukan

Related Posts