Main kotor atas padang, ketahui 3 episod ‘budak jahat’ Vietnam yang menjadi igauan Malaysia-Indonesia – Sukan


PIALA Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) 2022 hampir melabuhkan tirainya tidak lama lagi.

Empat skuad terbaik yang muncul sebagai semifinalis edisi kali ini adalah Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam.

Malaysia yang memiliki defisit satu gol bakal membuat perhitungan kedua berdepan dengan Thailand pada Selasa ini, manakala Indonesia dan Vietnam yang seri tanpa jaringan memiliki peluang seimbang ke final menjelang separuh akhir kedua pada Isnin.

Pemenang bagi kedua-dua perlawanan itu seterusnya akan bertemu pada peringkat final bagi merebut gelaran juara Piala AFF 2022.

Disebalik keghairahan merebut juara, sudah tentu ada dalam kalangan pemain daripada keempat-empat pasukan itu yang menjadi perhatian penyokong bola sepak tempatan dan antarabangsa.

Antara nama yang disebut-sebut adalah pemain pertahanan Vietnam, Doan Van Hau yang dikenali sebagai pemain kurang menunjukkan profesionalisme dan kasar di atas padang.

Berikut antara kekasaran yang pernah dilakukan oleh pemain berusia 24 tahun itu ke atas pemain pihak lawan:

1) Sukan SEA 2019

Aksi kasar Van Hau terhadap Evan Dimas pada Sukan Sea 2019.— Agensi

Permusuhan antara Van Hau dan pasukan Indonesia bermula ketika perlawanan final kumpulan Bawah 23 tahun (B-23) pada Sukan SEA 2019.

Dalam perlawanan di Manila, Filipina itu, Van Hau melakukan provokasi apabila menendang pemain Indonesia, Evan Dimas.

Ini menyebabkan Evan Dimas hanya mampu membuat persembahan selama 21 minit, sekali gus menyebabkan corak permainan skuad Garuda Muda menjadi kucar-kacir.

Kekecewaan jelas terpapar di wajah Evan Dimas, setelah tidak mampu memperoleh pingat emas pada Sukan SEA 2019. — Agensi

Garuda Muda akhirnya terpaksa akur dengan kekalahan 0-3 di tangan Vietnam dan memperoleh pingat perak.

Lebih menambah garam di luka Sang Garuda, dua daripada tiga gol Vietnam di pentas final Sukan SEA 2019 juga dijaringkan oleh Van Hau.

2) Kontroversi berdepan Malaysia

Meskipun disenarai sebagai pemain muda terbaik Vietnam, permainan kotor cuba dilakukan Van Hau nampaknya tidak mendapat penghormatan daripada penyokong bola sepak.

Ketika aksi menentang Malaysia pada 27 Disember lalu, Van Hau dilihat menyiku tonggak pertahanan Harimau Malaya, Azam Azmi di kawasan kotak penalti.

Bagaimanapun, pengadil kontroversi ketika perlawanan itu, Ryuji Sato tidak melayangkan sebarang kad mahupun tidak memberi sepakan penalti kepada Malaysia.

Dalam perlawanan sama, ketika Azam mahu mengeluarkan bola dari kawasan penalti, pemain Terengganu itu sekali lagi dikasari oleh Van Hau.

Cukup berat sebelah, pengadil tersebut sebaliknya menyalahkan Azam dalam insiden tersebut dengan melayangkanya kad merah, seterusnya memberi sepakan penalti kepada Vietnam.

Kekasaran dan ketidakadilan itu bukan sahaja mendapat kecaman netizen Malaysia, malah turut dibidas penyokong bola sepak antarabangsa.

3) Terjahan keras separuh akhir pertama Piala AFF 2022

Ketika perlawanan separuh akhir pertama pada Jumaat lalu, Van Hau dilihat melakukan kekasaran terhadap penyerang skuad Garuda, Dendy Sulistyawan.

Dalam perlawanan di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia itu, pemain tinggi lampai itu dilihat mempamerkan aksi keras dan lakonan berlebihan, apabila dilihat berpura-pura bergolek di atas padang selepas memijak kaki Dendy pada minit ke-54.

Ini sekali gus menyebabkan ketegangan antara kedua-dua pasukan apabila dilihat saling bertelagah, sebelum dileraikan oleh pengadil perlawanan.

Malangnya, tiada kad kuning dilayangkan kepada Van Hau atas kekasaran tersebut.

Selain seorang lagi pemain Indonesia, Ricky Kambuaya turut menjadi mangsa Van Hau dalam insiden ketika penghujung permainan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Syafiq tenangkan spekulasi balik ke Kedah – Sukan

Next Post

Perlawanan kedua menentang Thailand jadi medan Pan-gon kotakan janji – Sukan

Related Posts