Mahu Saddil Ramdani ada teman, fans Sabah idam 3 bintang Sang Garuda – Sukan


JENDELA perpindahan kedua Liga Malaysia semakin hampir apabila ia diramalkan akan dibuka pada Julai bagi memberi peluang pasukan bertanding dapat menambah baik skuad masing-masing.

Pastinya pertukaran pemain import akan berlaku apabila mereka tidak boleh beraksi dengan baik sepanjang pusingan pertama liga.

Bercakap mengenai pertukaran import, Sabah FC antara pasukan terawal yang membuat keputusan untuk melepaskan khidmat bekas penyerang Kelantan United, Jacob Njoku yang ditandatangani pihak pengurusan awal musim lalu.

Musim 2023 merupakan tahun ketiga Saddil bersama Sabah FC. — Facebook/Sabah FC

Keputusan menamatkan kontrak secara bersama dibuat bukan saja membolehkan Njoku meneruskan kariernya dengan pasukan lain.

Malah, ini membantu skuad Badak mengenal pasti pemain import baharu bagi memperbaiki kelemahan pasukan mereka.

Dengan kemasukkan Ko Kwang-min dari Korea Selatan kini penyokong Sabah mengidamkan pemain kelahiran Indonesia bagi bergandingan dengan Saddil Ramdani.

Majoriti senaraikan tiga pemain Indonesia yang diidamkan penyokong-penyokong Sabah menjelang jendela perpindahan kedua nanti:

Musim ini Stefano mewakili Borneo FC di Liga Indonesia. — Agensi

1. Stefano Lilipaly

Pemain kacukan Belanda-Indonesia ini menjadi salah seorang idaman penyokong-penyokong Sabah untuk bergandingan dengan Saddil dalam skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee.

Boleh dilabel antara pemain tengah terbaik yang dimiliki Indonesia, musim ini Stefano yang menyertai Borneo FC dari Bali United berjaya menjaringkan lapan gol dan 10 assist dalam 32 perlawanan.

Pemain berusia 33 tahun ini menjadi ancaman Harimau Malaya semasa perlawanan kelayakkan Piala Dunia 2022 di Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia pada September 2019.

Boleh beraksi di posisi sayap kanan dan penyerang, ia mungkin dapat membantu Darren Lok dalam menjaringkan gol sekali gus meperbaiki jentera serangan Sabah.

Kambuaya mempunyai baki kontrak bersama Persib Bandung sehingga 2024. — Agensi

2. Ricky Kambuaya

Pemain kebangsaan Indonesia, Ricky Kambuaya, pernah dikaitkan dengan perpindahan ke Terengganu FC awal musim ini sebelum dia memilih untuk kekal bermain dalam Liga Indonesia bersama Persib Bandung.

Ricky masih mempunyai baki kontrak bersama Persib Bandung sehingga 2024.

Jika penyokong Sabah mahukan perpindahan ini direalisasikan ini bermaksud, skuad Sang Badak perlu membayar klausa perpindahan sebagai tebus kontrak.

Ricky merupakan antara pilihan utama ketua jurulatih skuad Garuda, Shin Tae-yong untuk tampil dalam kesebelasan utama dan dia juga merupakan watak penting yang membawa Indonesia mara ke perlawanan akhir saingan Piala AFF Suzuki edisi 2020.

Tambahan lagi, dalam saingan Piala AFF sebelum ini, figura berketinggian 1.77 meter tersebut dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan meskipun pada ketika itu Indonesia tewas kepada Thailand secara agregat 2-6.

Pratama pernah dikaitkan dengan Selangor, Kedah dan JDT sebelum memilih menyertai Tokyo Verdy di Jepun. — Agensi

3. Pratama Arhan

Antara watak utama membantu skuad kebangsaan Indonesia mara ke perlawanan akhir saingan Piala AFF Suzuki edisi 2020, Pratama Arhan turut menjadi salah seorang pemain idaman penyokong untuk bermain bersama Saddil di Sabah.

Bermain di posisi bek kiri, Pratama dilihat aktif menyerang hingga kelincahannya di padang boleh menggugat benteng pertahanan lawan.

Sebelum ini pemain berusia 21 tahun itu pernah dikaitkan dengan tiga kelab gergasi di Liga Malaysia iaitu Selangor FC, Kedah Darul Aman FC dan Johor Darul Takzim (JDT). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Selepas dikaitkan ke Sang Kenari, bintang Kelantan FC kini dalam radar TFC, JDT – Sukan

Next Post

Tekanan makin dirasai, termasuk coach Perak, ini 3 nama dipetik ganti Devan di NSFC – Sukan

Related Posts