Mahu cipta kejutan, India pasang cita-cita raih gelaran juara Pestabola Merdeka – Sukan


INDIA berwaspada dengan rekod tanpa kalah skuad Harimau Malaya dalam enam perlawanan persahabatan antarabangsa sejak Mac lalu pada pertembungan sulung Pestabola Merdeka 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Ketua Jurulatih India, Ignor Stimac berkata, skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon, yang berada ranking lebih rendah (134) berbanding pasukannya (102), memiliki kelebihan beraksi di halaman sendiri.

Menurutnya, rekod bersih Malaysia dalam enam perlawanan persahabatan antarabangsa termasuk keputusan seri dengan pasukan ranking lebih tinggi Syria (ranking ke-90) 2-2 dan China (81) 1-1, bulan lalu, perlu diberi perhatian.

Bagaimanapun, pengendali berusia 56 tahun menyifatkan kehadiran mereka di sini adalah untuk mencipta kejutan terhadap pasukan tuan rumah dengan sasaran skuad The Blue Tigers itu melangkah ke final dan menjulang trofi Pestabola Merdeka.

“Saya boleh katakan peluang lebih memihak kepada Malaysia sebagai tuan rumah. Anda tidak boleh tewas di tempat sendiri tetapi kami ke sini untuk kejutkan anda,” kata bekas pemain West Ham United itu pada sidang media praperlawanan di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Khamis.

Pertemuan Malaysia dan India menjadi medan merebut slot ke final dengan Tajikistan sudah mengesahkan tempat di pentas final selepas mendapat ‘bye’ susulan penarikan diri Palestin pada saat akhir, Isnin lalu. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Belum masa dedah punca berhenti, Amar Rohidan kongsi perjalanan pacu GSA FC juarai Liga Super Perlis – Sukan

Next Post

‘Kita lihat dahulu’, bekas kelab tidak tutup pintu kepulangan Lee Tuck – Sukan

Related Posts