Macam lipas kudung, JDT perlu rantai 3 tonggak TFC pada final Piala FA – Sukan


HASRAT Johor Darul Takzim (JDT) untuk mendapatkan tonik menjelang perlawanan akhir Piala FA menentang Terengganu FC, Sabtu ini berakhir dengan satu ‘pengajaran’ apabila sekadar seri 1-1 ketika bertemu Selangor FC pada saingan Liga Super, Sabtu lalu.

Lebih membimbangkan buat skuad kendalian Hector Bidoglio, pasukan Selangor bukanlah berada dalam prestasi terbaik mereka apabila mencatatkan rekod kekalahan demi kekalahan berturut-turut sebelum bertemu skuad Harimau Selatan itu.

Tidak boleh dinafikan, skuad JDT kelihatan sedikit goyah selepas ‘pertukaran baton’ daripada Benjamin Mora kepada Hector pada Julai lalu dan ini dapat diterjemahkan pada prestasi mereka di saingan pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara Asia (ACL) apabila tewas 0-5 di tangan Urawa Red Diamonds.

Justeru, tampil sebagai pasukan pilihan pada perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur itu bukan tiket buat JDT untuk mengambil mudah misi merebut gelaran juara tersebut.

Mana tidaknya, Terengganu FC dibarisi pemain-pemain yang dahagakan kemenangan setelah kali terakhir skuad penyu meraih gelaran juara Piala FA adalah pada 2011.

Walaupun berkemungkinan penjaga gol utama TFC, Rahadiazli Rahalim tidak dapat beraksi pada saingan akhir tersebut kerana kecederaan, namun skuad tersebut masih memiliki pemain-pemain yang wajar diawasi skuad JDT sekiranya ingin pulang dengan piala kejuaraan tersebut.

Berikut adalah tiga pemain TFC yang bakal menggugat kemaraan pasukan JDT di pentas final Piala FA nanti:

Faisal Halim antara pemain rebutan pasukan-pasukan Liga M ketika ini. — Facebook/ TFC

1. Faisal Halim

Meskipun sering diulit kontroversi, Faisal digeruni pasukan lawan kerana kelincahannya mengawal bola dan membuat hantaran yang sering kali membolos gawang pasukan lawan.

Dalam 19 perlawanan bersama TFC setakat ini, Faisal berjaya menjaringkan enam gol dan tujuh bantuan gol sekali gus menjadikannya pemain yang hangat di pasaran sekarang.

Bahkan, dalam satu temubual, pemain pertahanan JDT, Shane Lowry akui mahu berwaspada dengan pemain sayap kiri TFC itu yang dianggapnya begitu pantas dan bijak menyusup masuk ke dalam kotak penalti.

Faiz (kiri) pernah digelar sebagai ‘Messi’ kerana kelincahannya. — Facebook/ TFC

2. Faiz Nasir

Bagaikan badang, Faiz tampil sebagai tonggak penting TFC apabila dua gol dan satu bantuan gol yang dilakukannya membawa pasukan tersebut ke final Piala FA musim ini biarpun baru sahaja pulih daripada kecederaan.

Malah, pemain berusia 30 tahun kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini pernah mendapat digelar sebagai ‘Messi’ kerana kelincahannya itu.

Faiz juga mempunyai potensi untuk menjaringkan gol kerana memiliki rembatan yang padu dari luar kotak penalti menerusi kaki kirinya.

Kpah sukar dikawal barisan pertahan lawan sekali gus menjadikannya ‘bahaya’. — Facebook/ TFC

3. Kpah Sherman

Kehebatan penyerang Liberia, Kpah Sherman meledakkan gol ke gawang lawan bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila dia pernah muncul sebagai penjaring terbanyak Liga Super 2019.

Pada musim ini, pemain berusia 30 tahun berkenaan telah menyumbang enam gol dan satu bantuan gol dalam 16 penampilannya bersama TFC termasuk hatrik ketika membelasah Melaka United 5-0 dalam aksi Liga Super baru-baru ini.

Dalam satu temu bual bersama ketua jurulatih TFC, Nafuzi Zain mengakui memerlukan khidmat Kpah pada pertemuan bertemu JDT sekali gus membuktikan bahawa dia adalah antara tonggak harapan skuad Sang Penyu pada saingan final, Sabtu ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Legenda Man United lantang bersuara selepas Phil Jones disisihkan Ten Hag – Sukan

Next Post

Belajar kesilapan Selangor, 5 sebab kenapa Penang FC patut ada ‘owner’ macam Kedah, JDT dan Kelantan – Sukan

Related Posts