‘Macam kena scam, selain Sri Pahang, siapa sangka Kedah dan Kelantan juga pernah berdepan skrip import injured lepas sign’ – Sukan


SABAN tahun setiap pasukan Liga Malaysia (Liga M) akan membawa masuk beberapa wajah baharu untuk membantu memperkukuhkan pasukan mereka dan antara yang menjadi tumpuan adalah siapakah pemain import untuk menjadi taruhan utama bagi mencabar kekuatan pasukan lain.

Berita kemasukan pemain import sering mendapat liputan meluas terutamanya yang mempunyai rekod baik bersama pasukan sebelum ini dan disebabkan itu ramai penyokong tidak sabar untuk melihat aksi mereka di saingan Liga M.

Bagaimananapun, tidak semua pemain import itu memberi senyuman kepada kelab dan penyokongnya susulan ada beberapa perkara menimpa kepada tonggak baharu seperti isu kecederaan.

Dalam kancah bola sepak domestik, terdapat beberapa pasukan pernah terpalit dengan senario pemain import baharu yang baharu tiba namun sudah ditimpa masalah kecederaan sehinggakan ada penyokong menggelarnya sebagai ‘import scam’.

Berikut Majoriti menyenaraikan tiga pemain yang dilanda isu kecederaan sebelum sempat menunjukkan kehebatan dan kepakaran mereka di atas padang;

1) Mario Arques

Selepas hampir dua musim meninggalkan Kelantan, Arques kembali menyarung jersi skuad TRW. — Facebook/TRW

Mario Arques yang kini sudah kembali ke pangkuan Kelantan FC sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi sehinggakan kontrak pemain tengah itu ditamatkan oleh pihak pengurusan The Red Warriors (TRW).

Pada musim 2021, Arques diumumkan antara pemain import terawal direkrut sewaktu ahli perniagaan, Norizam Tukiman mengambil alih Kelantan namun pemain kelahiran Sepanyol itu hanya bertahan selama tujuh bulan sahaja sebelum dia ditamatkan kontrak atas faktor kecederaan.

Namun begitu, sehari selepas pengumuman rasmi skuad berpangkalan di Pantai Timur menamatkan kontraknya, kelab Australia, Newcastle Jets mengumumkan dia sebagai pemain baharu.

Justeru itu, sewaktu berita kehadirannya kembali ke Kelantan pada Januari lalu, ramai penyokong mulai risau jika pasukan TRW sekali lagi menjadi mangsa ‘penipuan’ pemain berusia 31 tahun itu.

2) Dennis Buschening

Buschening hanya sempat beraksi dalam dua perlawanan Liga Super bersama KDA FC. — Facebook/KDAFC

Kedah Darul Aman (KDA) FC juga pernah terpalit dengan kejadian pemain import dilanda kecederaan sebelum sempat memberikan impak dan situasi itu berlaku pada musim 2022 yang melibatkan penyerang kelahiran Jerman, Dennis Buschening.

Buschening sebelum ini terpaksa diketepikan untuk tempoh masa selama enam bulan akibat masalah kecederaan Achilles dan dia hanya sempat beraksi dua perlawanan awal Liga Super 2022.

Difahamkan pemain yang mempunyai kerakyatan Thailand itu mengalamai kecederaan berkenaan sewaktu beraksi dalam satu perlawanan persahabatan sebelum liga bermula.

Disebabkan kecederaan yang dialami itu, Kedah terpaksa mengugurkan Buschening dan tidak sempat pun untuk melihat ketajaman penyudahnya di hadapan gawang lawan.

3) Lucas Silva

Lucas sewaktu sesi latihan bersama Sri Pahang FC. — Facebook/SriPahang

Impian penyokong Tok Gajah yang ingin melihat Lucas Silva menjadi mesin gol buat Sri Pahang FC pada musim ini nampaknya sekadar tinggal angan-angan sahaja selepas didakwa dia dilaporkan mengalami masalah kecederaan.

Kecoh dalam kalangan penyokong Tok Gajah mendakwa bahawa bekas penyerang Penang FC itu dillanda kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) selepas kelibatnya tidak kelihatan pada sesi latihan terbaharu Sri Pahang.

Khabar angin itu juga mulai dipercayai sahih apabila Sri Pahang membawa satu lagi tonggak import dari Korea Selatan dan difahamkan pemain tersebut bakal mengisi tempat penyerang dari Brazil itu.

Jika dakwaan itu benar, perkara itu sememangnya mematahkan semangat penyokong yang ingin melihat Sri Pahang menjadi pencabar liga dengan bantuan dari jaringan Lucas Silva. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Tiga kali kena tangan’, penyokong Selangor geram pengadil tak bagi penalti – Sukan

Next Post

‘Lebih baik kekal pasukan musim lepas’, seri lawan Jang tapi fans Tok Gajah tidak puas hati dengan team – Sukan

Related Posts