Maaf Arsenal, anda bukan lagi 4 pencabar utama EPL

KESAN ekonomi akibat Covid-19 tidak menghalang gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk berbelanja besar dengan empat pasukan dilihat mampu merebut gelaran juara pada musim baru yang bakal bermula esok.

Banyak kelab kecil terkesan dengan pandemik tetapi peluang ini dimanfaatkan sepenuhnya kelab besar untuk mendapatkan pemain berbakat dari kelab bawahan yang memerlukan dana.

Manchester City memecahkan rekod perpindahan England apabila membelanjakan £100 juta bagi mendapatkan khidmat Jack Grealish dari Aston Villa.

Manchester City

Menang gelaran ketiga Liga Perdana dalam empat musim selain sekali lagi merangkul Piala Liga nyata belum cukup buat skuad Guardiola.

Selepas menamatkan liga dengan 12 mata di hadapan Manchester United yang berada di tangga kedua musim lalu, City dilihat sebagai pasukan pilihan pertama untuk mempertahankan gelaran.

Juara bertahan Manchester City memecahkan rekod perpindahan England apabila membelanjakan £100 juta bagi mendapatkan khidmat Jack Grealish dari Aston Villa.

Selepas kecewa berikutan kegagalan pada final Liga Juara-Juara ketika berdepan Chelsea, Guardiola ternyata tidak puas hati dengan ketajaman penyudah kelab itu.

Bos City itu percaya Grealish mampu menjadi pelengkap dan penggerak jentera di bahagian tengah bagi membantu melicinkan serangan.

Selain perpindahan Grealish, satu lagi rekod British mungkin bakal dicatatkan jika City berjaya mendapatkan khidmat penyerang Tottenham, Harry Kane untuk menggantikan penyerang profilik kelab itu, Sergio Aguero.

ARTIKLE BERKAITAN: Ditawarkan flat, premis komersial dan wang tunai, tapi bapa penerjun cilik China ini tolak semuanya

ARTIKLE BERKAITAN:Messi menginap di hotel mewah RM100,000 satu malam di Paris

Chelsea dijulang sebagai juara baru eropah selepas menewaskan Villarreal.

Chelsea

Juara baru Eropah, Chelsea pula membuktikan keupayaan mereka setelah menewaskan City sebanyak tiga kali pada penghujung musim lalu tanpa nama pemain besar.

Malah kejayaan mereka dalam pentas Eropah pada musim lepas pastinya menjadi tonik untuk menguatkan cita-cita memenangi gelaran EPL yang kali terakhir dirangkul pada 2017.

Sentuhan emas Thomas Tuchel ternyata memberi impak yang besar buat Chelsea.

Bekas pemain Jerman itu menghidupkan semula The Blues yang sebelumnya lesu dari segi strategi taktik, kepakaran dalam permainan dan motivasi di bawah pimpinan legenda kelab, Frank Lampard.

Kehadiran Romelu Lukaku ke Stamford Bridge dengan catatan rekod 97 juta pound dari Inter Milan dijangka dapat menajamkan lagi jentera serangan The Blues.

Namun The Blues pasti sedar misi mereka itu bukan sekadar berdepan skuad Guardiola.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Jadon Sancho dikatakan mampu menyelesaikan masalah ketajaman jentera serangan Manchester United.

Manchester United

Manchester United sudah menghabiskan lebih £100 juta bagi mendapatkan Jadon Sancho dan Raphael Varane bagi memantapkan persiapan musim baharu.

Musim lepas, Red Devil berputih mata untuk menamatkan kemarau trofi EPL yang kali terakhir dimenangi pada 2013 apabila City bijak memintas ketika Manchester United dan Liverpool bersaing sesama sendiri merebut tangga teratas.

Tanpa trofi utama sejak 2017, United dilihat juga sudah bersedia untuk menamatkan penantian lapan tahun bagi meraih gelaran besar.

Sancho dikatakan mampu menyelesaikan masalah ketajaman jentera serangan yang sebelum ini diketuai Marcus Rashford, Mason Greenwood, Edinson Cavani dan Anthony Martial.

Malah pembelian Varane juga dilihat dapat menyelesaikan kemelut bahagian pertahanan United yang sering mudah lolos.

Liverpool akan bersandar kepada barisan serangan Liverpool yang dikemudi Mohamad Salah, Firmino, Sadio Mane dan Diogo Jota.

Liverpool

Walaupun tidak berbelanja besar kali ini, Liverpool masih dianggap pencabar utama untuk meraih kejuaraan EPL.

Krisis kecederaan yang dihadapi The Reds ternyata merencatkan nafsu kelab itu untuk menyamai rekod United sebanyak 20 kali juara EPL pada musim lalu.

Ketiadaan pertahanan kental Virgil van Dijk jelas menampakkan kelemahan skuad pimpinan Jurgen Klopp, ditambah lagi dengan aksi tidak konsisten penjaga gol mereka Allison Becker dan Loris Karius.

Sandaran pastinya diletakkan kepada barisan serangan Liverpool yang dikemudi Mohamad Salah, Firmino, Sadio Mane dan Diogo Jota.

Tetapi tanpa tambahan pemain yang berkualiti mungkin menyukarkan misi Klopp merampas semula kejuaraan jika sekali lagi dibelenggu masalah kecederaan pemain.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Sahut cabaran duduk di rumah, bos Liverpool akhirnya belajar ikat tali leher

Related Posts