Lupakan kekalahan, perbaiki kelemahan — Rezal Zambery – Sukan


KELANTAN FC masih belum mahu mengangkat ‘bendera putih’ walaupun peluang bergelar juara Liga Premier musim ini semakin tipis susulan kekalahan pada malam, Ahad.

Ketua jurulatih Kelantan FC, Rezal Zambery Yahya berkata, kekalahan itu membuatkan pasukan bimbingannya kini terpaksa bergantung harap kepada keputusan perlawanan terakhir Johor Darul Takzim II (JDT II) yang kini berada di tangga teratas liga.

“Perlawanan terakhir Kelantan FC akan bertemu Kelantan United FC (KUFC) dan kami masih lagi dalam misi mencari tiga mata penuh, pemain perlu lupakan kekalahan ini dan perbaiki kelemahan,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan tersebut.

Hasrat Kelantan FC memintas kedudukan pendahulu Liga Premier, JDT II terbantut selepas tewas 1-2 kepada Selangor FC II di Stadium Sultan Muhammad IV.

Kelantan memperoleh gol tunggal menerusi sepakan penalti Muhammad Ghaffar pada minit ke-76 manakala Selangor FC II menerusi jaringan Muhammad Aliff Izwan Yuslan pada minit ke-28 dan S. Sharvin pada minit ke-34.

Selepas 17 perlawanan Liga Premier, Kelantan FC kini berada di tangga kedua liga dengan mengumpul 36 mata, kurang tiga mata berbanding JDT II yang mengumpul 39 mata. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Kebenaran akan terbongkar,’ siapa cuba padam sinar Nixon? – Sukan

Next Post

Bukan Liverpool atau Arsenal, 4 kelab ini diramal juarai EPL – Sukan

Related Posts