Lukaku punya pasal, Chelsea terpaksa lelong enam pemain

ROMELU Lukaku sah kembali ke pangkuan Chelsea selepas memuktamadkan perpindahannya bernilai 115 juta euro (RM570 juta) ke kelab berkenaan.

Bagaimanapun, kos perpindahan Lukaku yang tinggi itu memaksa Chelsea menjual segelintir pemain pada musim perpindahan kali ini bagi menampung semula jumlah perbelanjaan dikeluarkan.

Malahan pengurus Chelsea, Thomas Tuchel dikhabarkan mahu menjual beberapa pemain yang tiada dalam perancangannya untuk musim depan.

Antara pemain yang bakal dijual oleh Chelsea adalah Ross Barkley, Tiemoue Bakayoko, Davide Zappacosta, Matt Miazga, Kenedy dan Danny Drinkwater.

ARTIKEL BERKAITAN: Lukaku silap besar patah balik ke Chelsea

ARTIKEL BERKAITAN: Nekad tinggalkan Rennes, spekulasi Camavinga ke Old Trafford bertambah hangat

Sepanjang berada di Chelsea, Bakayoko dipinjamkan ke AC Milan, AS Monaco dan Napoli.

Barkley turut dipinjamkan ke Aston Villa pada musim lalu namun mengalami kecederaan pada pertengahan musim.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Selain itu, pemain Chelsea yang telah lama dipinggirkan iaitu Drinkwater juga bermain secara pinjaman di kelab Turki, Kasimpasa pada musim lalu.

Terdapat beberapa pemain yang sudah meninggalkan The Blues secara tetap pada jendela perpindahan kali ini seperti Mark Guehi, Fikayo Tomori, Olivier Giroud, Victor Moses dan Lewis Bate. – onefootball.com

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Sahut cabaran duduk di rumah, bos Liverpool akhirnya belajar ikat tali leher

Related Posts