Lukaku nekad tambah luka Arsenal, jadi pilihan utama Tuchel berbanding seorang lagi penyerang Chelsea

BINTANG baharu Chelsea, Romelu Lukaku berhasrat mahu menambah luka Arsenal menjelang pertemuan kedua-dua pasukan dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) Ahad ini.

Lukaku dijangka bakal membuat debut pertama bersama The Blues di Stadium Emirates selepas tidak sempat diturunkan dalam aksi pertama menewaskan Crystal Palace 3-0 di Stamford Bridge minggu lepas gara-gara masih menjalani kuarantin.

Dia dijangka menjadi pilihan pengendali Chelsea, Thomas Tuchel berbanding seorang lagi penyerang, Timo Werner yang masih ketandusan sentuhan penyudah ketika berdepan Palace tempoh hari.

Sementara The Gunners pula masih dihantui kekalahan memalukan di tangan pasukan yang baru dinaikkan pangkat ke EPL, Brentford 0-2 minggu lepas.

Meskipun hanya mampu merobek gawang Arsenal sebanyak tiga kali sepanjang kariernya bersama Inter Milan, Everton dan Manchester United selama ini, itu bukan alasan buat Lukaku yang berazam untuk memberikan yang terbaik buat Chelsea dalam pertemuan itu nanti.

ARTIKEL BERKAITAN: Menyampah betul Barcelona dengan Coutinho

Bercakap kepada laman web Chelsea, Lukaku bertegas yang dia sudah bersedia untuk menghadirkan sesuatu buat pasukan.

“Saya sudah bersedia untuk cuba membuktikan sesuatu kepada jurulatih. Jika saya diperlukan (ketika berdepan Arsenal), saya mampu turun beraksi. Saya perlu bersaing merebut kesebelasan utama.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

“Bagi saya, ia perlawanan pertama namun kami semua berjuang memburu kemenangan seterusnya buat Chelsea. Saya akan pastikan dapat berikan 100 peratus ketika latihan dan sentiasa bersedia untuk menghadapi setiap perlawanan.

“Sudah tentu saya gembira jika dapat membuat debut pertama berdepan lawan seperti Arsenal, jadi saya harap kami akan benar-benar bersedia serta cuba mendapatkan keputusan baik sekali gus membawa pulang tiga mata berharga,” kata Lukaku. – Footbal.london

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Sahut cabaran duduk di rumah, bos Liverpool akhirnya belajar ikat tali leher

Related Posts