Luka belum sembuh terang-terang penyokong Kedah tolak TCH – Sukan


PENGUMUMAN Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar sebagai pemilik baharu kelab Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada Isnin mendapat pelbagai reaksi penyokong.

Sesetengah menyambut baik tokoh yang sebelum ini memegang portfolio penaung KDA FC itu dan berharap beliau mampu mencontohi pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman dalam menguruskan pasukannya.

Namun ada juga penyokong yang skeptikal dengan penukaran jawatan tersebut dan tidak mahu terlalu berharap sekiranya watak-watak di dalam pasukan masih lagi memainkan peranan sama.

Salah seorang penyokong Sang Kenari, Jan Fadzli menerusi laman Facebook memberi cadangan kepada Mohd Daud agar segera menyambar ketua jurulatih yang sedang hangat di pasaran, Tan Cheng Hoe (TCH) untuk mengendali Kedah musim depan.

“Assalamualaikum Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar. Permintaan ikhlas saya dan rakan-rakan. Mohon KDA FC bawa kembali coach Tan Cheng Hoe dan pasukan KDA FC,” katanya yang turut menambah tanda pagar #newERa.

Bagaimanapun, permintaannya itu tidak diterima oleh sebahagian penyokong Hijau Kuning, yang menggunakan laman Penyokong Setia Kedah Darul Aman FC (PSKDAFC) untuk menyuarakan bantahan mereka.

“Hampeh punya permintaan. Ini kata nak maju? Nak maju ambillah yang berkualiti. Ambillah jurulatih Korea, tengok rajin tak pemain semua. Atau malas sahaja,” kata Ran-Ran Lawak.

Amir Hamzah menambah: “Tak payah la amik TCH, beliau dulu tinggal pasukan macam itu sahaja sebab nak kejar glamor.”

Pemilik baharu KDA FC, Mohd Daud. — Facebook/KDA FC

“TCH dah jadi barang antik. Simpan sahajalah buat kenangan,” tegas Hashim Hanafi.

Rzone Said turut mencelah “TCH buat apa? Tinggal pasukan setengah jalan.”

Sebagai rekod, Cheng Hoe yang pernah mengendalikan pasukan Kedah dari 2014 hingga 2017 meninggalkan pasukan tersebut setelah menerima tawaran daripada Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketika itu, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk menjadi Penolong Ketua Jurulatih Kebangsaan, Nelo Vingada.

Ketika bersama Kedah, jurulatih berusia 54 tahun tersebut membantu Kedah menjuarai Liga Perdana 2015 untuk melayakkan diri ke Liga Super.

Beliau juga dinobatkan sebagai Jurulatih Terbaik Liga-M pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2016 berikutan kejayaan dalam Piala Malaysia, menduduki tempat ketiga dalam Liga Super dan mara ke separuh akhir Piala FA. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tak ingin selesa, JDT II ikut cara Harimau Selatan sentiasa buru kemenangan – Sukan

Next Post

‘TFC juara Piala FA, dari Wakaf Dua ke Bukit Jalil’ – Sukan

Related Posts