Lucas Silva sia-siakan peluang tebus karier, digesa lekas tinggalkan Sri Pahang – Sukan


SKUAD Sri Pahang FC Bawah 23 tahun (B-23) tidak berjaya membawa pulang tiga mata penuh selepas ditewaskan oleh pasukan Johor Darul Takzim II (JDT II) dalam saingan Liga Juara Piala MFL yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Johor pada Ahad.

Dalam perlawanan tersebut, jaringan Mohamadou Sumareh dan Alif Abdul Mutalib pada minit ke-41 dan 45+2 memberi tiga mata berharga untuk pasukan tuan rumah.

Bukan sahaja pulang dengan tangan kosong malah skuad muda Tok Gajah juga dihadiahkan dengan drama kad merah yang diberikan kepada pemain senior pasukan itu.

Tangkap layar Lucas Silva dilayangkan kad merah. — MFL

Ini kerana, belum tamat perlawanan babak pertama, drama kad merah terus menghangatkan suasana.

Memasuki minit ke-20 permainan, penyerang Sri Pahang FC, Lucas Silva dilayangkan kad merah selepas melakukan kekasaran terhadap salah seorang pemain JDT II.

Lucas Silva dilihat sengaja melakukan kekasaran dengan menyiku pemain pertahanan JDT II, Nafizuddin Fauzi.

Melihat kepada situasi tersebut, pengadil perlawanan tidak teragak-agak untuk melayangkan kad merah kepada pemain atas kekasaran tersebut.

Disebabkan tindakan kurang bijak Lucas, kekurangan pemain Tok Gajah di atas padang antara punca pasukan itu tidak berjaya mencetak sebarang jaringan.

Oleh itu, rata-rata penyokong Tok Gajah berpuas hati dengan tindakan tersebut kerana menganggap pemain kelahiran Brazil itu mensia-siakan peluang beraksi dengan skuad muda pasukan tersebut.

Bukan itu sahaja, terdapat beberapa penyokong yang menyarankan agar pemain berketinggian 1.83 meter itu meninggalkan skuad Sri Pahang.

“Lucas tiada minat nak main itu, hantar balik saja,” kata Suparman Parman.

“Buang je lah, rugi duit saja bayar bulan-bulan, main pun lebih teruk pada budak-budak. Lebih baik bayar gaji pemain tempatan Pahang yang lain,” kata Fozi Poji.

“Merugikan Sri Pahang FC saja dia ni, cari orang lain saja lah,” kata Zack.

“Makan gaji buta saja lah, main satu game injured, lepas itu red kad lagi. Tahniah pengurusan,” kata Khairul Fiza. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Lebih meriah di padang latihan, skuad TRW dalam ‘mood’ terbaik berdepan NSFC – Sukan

Next Post

Cetak gol sulung, bekas calon Puskas yakin mampu bantu Jang – Sukan

Related Posts