Longgar, ‘semput’ kuasai midfield hiasi tragedi JDT dibelasah Kawasaki Frontale – Sukan


EPISOD derita Johor Darul Takzim (JDT) di bumi Jepun berterusan apabila mereka sekali lagi tumbang apabila bertemu Kawasaki Frontale dalam aksi Liga Juara-Juara AFC (ACL).

Selepas kalah di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, 0-1 pada aksi pertama. Perlawanan kedua melibatkan kedua-dua pasukan menyaksikan lebih banyak penderitaan diterima JDT.

Kawasaki jelas bukanlah pasukan tandingan JDT apabila mereka dengan mudah bermain bola sepak untuk menumbangkan Harimau Selatan 5-0.

Gawang JDT bocor seawal minit ke-8 menerusi jaringan Akihiro Ienaga sebelum separuh masa kedua menyaksikan Kawasaki lebih garang di depan gol Harimau Selatan.

Hong Wan gagal membantu jentera JDT menyerap serangan Kawasaki Frontale — Facebook/JOHOR Southern Tigers

Leandro Damiao menyumbat gol kedua Kawasaki, lima minit selepas separuh masa kedua bermula. Marcinho yang menjaringkan gol tunggal Kawasaki di SSI menyumbat jaringan ketiga 10 minit kemudian.

Yu Kobayashi menghasilkan gol keempat mereka pada minit ke-69 sebelum Miki Yamane melengkapkan kemenangan 5-0 mereka sekali gus meletakkan JDT berada dalam bahaya untuk tersingkir daripada saingan ACL.

Dari sudut JDT, kekalahan yang dialami dilihat berpunca daripada kelonggaran pertahanan mereka dalam usaha mengekang kemaraan pemain-pemain Kawasaki.

Satu nama yang menjadi tumpuan adalah Oscar Arribas. Dari kaca penyokong, Arribas tidak beraksi sebaiknya serta gagal membantu barisan pertahanan apabila diserang.

“Arribas tu tolonglah cover bawah sikit. Asyik loose je,” kata penyokong bernama Andy Osman.

“JDT perlawanan berbanding Kawasaki. Banyak loose marking. Kawasaki pressing selalu ada pemain JDT dan pandai cari ruang untuk hantar bola. JDT nak lepas tengah pun susah,” komen Yassir Arafat.

“Kemaskan bahagian pertahanan sebab lalai, longgar je tak ada menjaga pemain Kawasaki,” jelas Rizal Rizal.

Esteban Solari pening kepala tengok pasukannya diratah Kawasaki Frontale. — Facebook/JOHOR Southern Tigers

Malah ada penyokong yang berasa kecewa kerana pemain-pemain JDT hanya melihat Kawaski menyerang dan menghasilkan gol.

“Kelakarlah pemain-pemain JDT ni. Masing-masing tengok bola, pressure bola langsung tak ada,” komen Putera Ahmad Fazyrul.

“Dapat bola, termenung kejap. Tunggu datang untuk press, lepas tu bagi (ke) bawah, (hantar) long ball pula. Taktikal yang bagus, coach,” kritik Hisyammudin Kasmat.

Dengan kekalahan ini, JDT kini mesti menang ke atas BG Pathum United pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan sambil mengharapkan Kawasaki menumbangkan Ulsan Hyundai. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tak nak pandang rendah, pengurus Central Coast Mariners akui TFC ada barisan pemain berbahaya – Sukan

Next Post

Tomi ‘demand’ bintang TFC tunjuk taring, pastikan slot ke kalah mati tercapai – Sukan

Related Posts