ANDY Robertson dijangka akan terlepas pertemuan Liga Juara-Juara antara Liverpool dengan Ajax pada Selasa selepas disyaki mengalami kecederaan lutut.
Bek kiri The Reds memainkan permainan penuh ketika pasukan kendalian Jurgen Klopp itu dikalahkan 1-4 oleh Napoli dalam perlawanan pembukaan kempen Eropah di Itali pada Rabu lalu.
Bagaimanapun, kapten Scotland itu tidak akan bermain dalam pertembungan Kumpulan A dengan gergasi Belanda di Anfield selepas berdepan dengan masalah lutut kirinya.
Robertson dilaporkan berada di Pusat Latihan AXA di Kirkby pada hari Ahad dengan memakai pendakap lutut sekali gus memberi peluang kepada Kostas Tsimikas untuk berada di bahagian kiri empat bek Liverpool.
Kecederaan terbaharu ini bermakna masalah kecederaan skuad bimbinngan Klopp bertambah apabila Alex Oxlade-Chamberlain, Naby Keita, Jordan Henderson, Ibrahima Konate, Curtis Jones dan Caoimhin Kelleher turut terpaksa duduk di tepi padang.
Kecederaan Robertson menambah lagi senarai pemain cederaan Liverpool. — Agensi
Setakat ini, tidak jelas berapa lama Robertson berkemungkinan tidak beraksi dan Klopp tidak memberi sebarang kepastian ketika ditemui media.
Dalam pada itu, Joel Matip memulakan aksi pembuka musim Liverpool di Fulham pada 6 Ogos tetapi sejak itu telah dihalang oleh pangkal paha yang menyebabkan dia terpaksa berada di bangku simpanan untuk dua perlawanan terakhir sementara kapten Henderson tidak akan bermain untuk beberapa minggu akan datang dengan masalah ototnya sendiri.
Kemunculan Thiago Alcantara pada separuh masa kedua di Naples malam Rabu adalah penampilan pertamanya dalam tempoh lebih sebulan dan Diogo Jota hanya kembali beraksi di Goodison Park selepas mengalami masalah hamstring semasa sesi latihan pramusim di Thailand.
Calvin Ramsay yang ditandatangani musim panas masih belum dimasukkan ke dalam skuad manakala kecederaan penjaga gol Kelleher bermakna penjaga gol pilihan ketiga, Adrian terus di bangku simpanan sepanjang musim. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram