Liverpool belasah United 5-0, Solskjaer anggap kekalahan sebagai ‘hari paling gelap’

OLE Gunnar Solskjaer tetap menegaskan dirinya seorang pengurus yang terbaik untuk Manchester United.

Solskjaer malah tidak mempertimbangkan untuk meninggalkan jawatannya meskipun United dimalukan 5-0 oleh Liverpool, dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford, malam tadi.

Mengenai kekalahan tersebut, Solskjaer menterjemahkannya sebagai ‘hari paling gelap’ untuknya sebagai seorang pengurus.

“Saya percaya pada diri sendiri, saya percaya bahawa saya semakin hampir dengan apa yang saya mahukan dengan kelab ini, apa yang telah kami lakukan, apa yang saya lihat dan perkembangannya,” kata pengurus berbangsa Norway itu.

United ketinggalan 4-0 pada separuh masa pertama, buat pertama kali dalam sejarah EPL.

Empat gol tersebut adalah hasil jaringan Naby Keïta, Diogo Jota and Mohamed Salah yang meledak dua gol.

Salah meledak gol ketiganya lima minit selepas permainan disambung semula. – Theguardian.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Sahut cabaran duduk di rumah, bos Liverpool akhirnya belajar ikat tali leher

Related Posts