Liverpool bakal terlepas bek Belanda, Jurrien Timber lebih berminat sertai rakan lama di United – Sukan


MANCHESTER United dan Liverpool berminat untuk mendapatkan pertahanan Ajax, Jurrien Timber pada jendela perpindahan musim panas.

Namun begitu, nasib baik lebih memihak kepada United apabila difahamkan Timber lebih tertarik untuk menyertai kelab bimbingan Erik Ten Hag berbanding Liverpool.

Timber yang berhasrat untuk meninggalkan Amsterdam itu menyatakan bahawa dia masih merindui untuk bermain bersama Lisandro Martinez di bahagian pertahanan.

Ketika perpindahan musik panas lalu, bek tengah itu menjadi sasaran perpindahan utama Ten Hag berikutan dia pernah melatihnya di Ajax namun Timber memilih untuk kekal di Amsterdam untuk satu tahun lagi.

“Perpindahan semakin hampir. Terdapat banyak kelab menunjukkan minat terhadap saya. Tahun lalu, Ajax meminta saya untuk kekal sekurang-kurangnya satu musim lagi dan saya pun menyambung kontrak.

“Namun kini selepas kami juga bersetuju untuk mengkaji semula keadaan (perpindahan),” katanya dalam satu temu bual dengan media Belanda, De Telegraaf.

Timber memulakan karier bola sepaknya bersama Ajax sejak 2014. — Agensi

Dia yang sebelum ini pernah bermain bersama pertahanan United, Martinez menyatakan tentang kekagumannya terhadap pemain antarabangsa Argentina itu.

“Saya tahu betapa hebatnya bermain bersama Lisandro. Walaupun persembahan saya bukan bergantung kepada dia sahaja. Kami hebat ketika digandingkan terutamanya apabil ada komunikasi positif antara kami.

“Ia tidak mengejutkan saya bahawa dia bermain begitu baik untuk Manchester United sebelum kecederaannya,” katanya.

Pemain berusia 21 tahun itu juga dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool apabila Timber dengan teman wanitanya dilaporkan sedang mencari rumah di Merseyside.

The Reds berharap dapat melakukan rombakan besar-besaran kepada skuad mereka selepas musim ini Liverpool berakhir tanpa trofi dan bermungkin berkesudahan tidak berada kelompok empat teratas. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Belum ada… masih awal’, Elavarasan masih berteka-teki senarai akhir Harimau Muda ke Sukan SEA Kemboja – Sukan

Next Post

Fans TFC idam khidmat bekas Kante Sang Kenari, ganti segera bintang tumpul JDT – Sukan

Related Posts