Lima sebab kelab Liga Super tak lekang hadap episod kemelut kewangan – Sukan


LIGA Super musim ini menyaksikan beberapa episod kemelut kewangan melibatkan beberapa pasukan sehingga ada yang sempat merintih secara senyap ketika perlawanan.

Perak FC antara pasukan yang sebelum ini terkesan namun berjaya diselamatkan oleh pemilik baharu mereka.

Kini, pasukan seperti Melaka United dan Sarawak United pula berdepan situasi sama dan perkara ini sebenarnya sangat merisaukan.

Perbelanjaan untuk bersaing dalam Liga Super sebenarnya terlalu tinggi jika dibandingkan dengan kemampuan kewangan yang dimiliki pasukan.

Pasukan gergasi dengan kewangan tinggi seperti Johor Darul Takzim (JDT) semestinya tidak mempunyai masalah kerana mereka mempunyai individu yang sanggup melabur.

Namun, bagi pasukan dengan kewangan terhad, untuk bersaing dalam Liga Super bukanlah sesuatu yang mudah.

Seorang pengikut bola sepak tempatan, Zul Hafizam menyenaraikan lima sebab mengapa kelab dalam liga tempatan masih struggle dengan isu kewangan.

Melaka United berdepan dengan masalah kewangan sehingga pemain mereka tidak mendapat gaji. — Facebook/PFAM

– Jualan tiket

Ambil contoh pasukan Kelantan FC, harga tiket jualan adalah RM15 ke RM25. Jika dibuat kiraan mudah, RM25 darab dengan 8,000 penonton (jumlah tertinggi penonton ialah 8,694 orang) dapat RM200,000 dan itu belum kos sewa guna stadium, bayar upah pegawai perlawanan dan lain-lain.

Jika ditolak semuanya, jumlah yang boleh diperoleh Kelantan FC jika bermain di laman sendiri ialah RM1.764 juta.

Tetapi malangnya nak dapatkan kehadiran penonton yang penuh untuk 10 perlawanan (di tempat sendiri) bukanlah mudah kerana melibatkan beberapa faktor seperti prestasi semasa pasukan dan perlawanan yang diadakan ketika waktu bekerja.

Jualan merchandise

Ramai yang tahu betapa hebatnya cetak rompak dalam penjualan jersi dan merchandise rasmi sehingga hasil jualan itu tidak boleh dijadikan sumber pendapatan utama pasukan.

Purata keuntungan sebulan ialah dalam RM50,000 hingga RM100,000, manakala purata jualan merchandise yang boleh diraih pasukan untuk setahun hanyalah RM600,000.

Itu pun bergantung kepada prestasi pasukan kerana jika sering kalah, maka jualan merchandise pun akan berkurangan.

Pemain Sarawak United juga membuat aduan tidak mendapat bayaran gaji selama empat bulan. — Facebook/PFAM

Penaja

Ini adalah perkara yang paling sukar diperoleh dalam industri sukan di Malaysia kerana ramai yang merasakan bidang ini tidak pernah membawa keuntungan.

Tidak semua penaja memberi duit, ada juga penaja yang memberi tajaan perkhidmatan seperti bas pasukan atau makanan dan minuman buat pemain.

Kadang-kadang ada penaja lari tengah musim tak bayar penajaan, tapi jenama mereka telah ditampal pada jersi pemain selama semusim.

Jika ada pun, disebabkan paksaan dari kerajaan negeri kepada syarikat GLC negeri atau syarikat swasta yang peroleh projek.

Dalam hal ini, katakan jumlah penajaan bagi pasukan sebanyak RM3 juta.

Hak penyiaran

Untuk Liga Perdana, hak penyiaran ialah RM500,000 manakala Liga Super sebanyak RM1 juta. Jumlah ini sebenarnya tidak sampai lima peratus daripada kos.

Untuk menampung kos gaji team Liga Perdana, Piala Presiden, belia dan kos pembangunan pemain di dalam negeri pun kalau dicongak sudah mencecah lebih RM5 juta ke RM8 juta setahun.

Hadiah kejuaraan

Hadiah kejuaraan juga kecil iaitu RM1 juta untuk juara Liga Super manakala RM500,000 buat Juara Liga Perdana.

Jadi, kos modal dengan pendapatan yang ada amat tidak logik.

Jom kita campur pendapatan pasukan yang dikira tadi, RM1.764 juta + RM600,000 + RM3 juta + RM500,000 bersamaan dengan RM5.864 juta.

Jadi modal katakan RM6 juta, ditolak dengan kos pendapatan semusim pasukan RM 5.864 juta adalah RM136,000. Itu belum masuk gaji pemain-pemain dan barisan kejurulatihan.

Menurut Zul Hafizam, ramai yang mahukan pasukan mereka mempunyai stadium dan fasiliti sendiri seperti JDT.

Namun, pasukan mana yang akan dapat dana sebesar itu untuk merealisasikan impian peminat?

Kos di antara RM200 ke RM300 juta untuk fasiliti seperti JDT mengambil masa yang terlalu lama untuk mendapat kembali return of investment. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Akhyar Rashid dalam senarai bocor 11 pemain utama Selangor musim depan? – Sukan

Next Post

Hodak bengang tindakan Pan-gon, 2 pemain KL City umpama ‘bercuti’ di Chiang Mai – Sukan

Related Posts