Lima perlawanan akan datang bakal tentukan nasib Liverpool – Owen – Sukan


PENYERANG legenda Liverpool, Michael Owen berpendapat pasukan tersebut mampu merebut tempat ke Liga Juara-juara UEFA (UCL) musim depan jika mampu beraksi dengan baik dalam lima perlawanan akan datang.

The Reds dijadualkan bakal berdepan cabaran besar dengan pertemuan bersama Manchester United, Manchester City, Arsenal dan Chelsea bakal berlangsung pada Mac dan April.

Bagaimanapun, bagi Owen, kepercayaan pastinya menggunung buat anak-anak buah Jurgen Klopp, lebih-lebih lagi selepas mereka mencatatkan kemenangan ke atas Wolverhampton Wanderers baru-baru ini.

“Saya berpendapat mereka mempunyai peluang cerah selepas perlawanan sukar itu. Jika mereka mendapatkan keputusan cemerlang, saya yakin dengan kemampuan mereka.

“Tetapi, jika mereka gagal membawa pulang sebarang mata, saya tahu yang mereka tidak akan mendapat sebarang hasil positif,” katanya.

Tambah bekas pemain antarabangsa England itu, Liverpool mempunyai kebolehan untuk menduduki tangga empat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) berdasarkan skuad yang mereka miliki.

“Mereka perlu mencatatkan kemenangan ketika berdepan Manchester United pada Isnin yang mana kita tahu bukanlah sebuah pasukan yang mudah ditundukkan,” katanya.

Perlawanan yang bakal berlangsung di Stadium Anfield itu dilihat sebagai platform terbaik buat pasukan yang ketika ini sedang menduduki tangga ketujuh EPL.

Di pentas Eropah pula, Liverpool bakal berdepan Real Madrid di tempat lawan selepas mencatatkan kekalahan memalukan 2-5 Februari lalu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Azam berbeza Terengganu, KDA selepas pertembungan di Darul Aman – Sukan

Next Post

Lord Maguire bongkar amukan Eric ten Hag masa ‘half time’, bangkit tunjukkan The Hammers jalan keluar Piala FA – Sukan

Related Posts