Ligue 1 sudah bermula, takkan masih boroi Neymar?

SAINGAN Liga Perancis (Ligue 1) sudah pun bermula, namun kelibat penyerang prolifik, Neymar tidak kelihatan ketika Paris Saint-Germain (PSG) menewaskan Estac Troyes 2-1 Ahad lepas.

Sebaliknya, pengendali PSG, Mauricio Pochettino lebih menaruh kepercayaan terhadap gandingan Kylian Mbappé dan Mauro Icardi dalam pertemuan itu.

Pada masa sama, Neymar juga dilaporkan belum pasti beraksi dalam aksi kedua PSG ketika melayan kunjungan RC Strasbourg awal pagi Ahad ini.

Meskipun dilaporkan masih menikmati percutian panjang selepas membantu Brazil dalam aksi Copa America sebelum ini, keadaan fizikal Neymar yang dilihat sedikit boroi pada awal Ogos lebih mencuri tumpuan peminat bola sepak sedangkan aksi Ligue 1 sudah pun bermula.

Sebelum ini, rakan sepasukan Neymar di Brazil, Willian turut mengalami isu berat badan hingga mendapat banyak kecaman ramai pihak.

Situasi itu menyebabkan kedua-dua pemain berkenaan menjadi bahan jenaka dalam kalangan peminat di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Keputusan pelik EPL…Tak perlu tunjuk bukti ujian Covid-19, status vaksin bila masuk stadium

“Neymar menelefon Willian dan mahu jadi sepertinya.”

“Neymar dan Willian didapati ‘mengandung’ pada musim panas kali ini.”

“Bagaimana Neymar boleh jadi gemuk hanya dalam beberapa minggu?,” itu antara beberapa komen nakal yang merujuk kepada Neymar.

Sebenarnya masalah berat badan naik mendadak bukan saja membelenggu dua pemain ini malah ada beberapa bintang dunia lain turut berdepan isu sama sebelum ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Antaranya pemain Real Madrid, Eden Hazard yang berdepan kritikan hebat selepas keadaan fizikalnya langsung tidak menggambarkan susuk badan pemain bola sepak profesional.

Masalah berat badan Hazard dilaporkan timbul selepas dihimpit masalah kecederaan.

Selain Hazard, legenda bola sepak Hungary, Ferenc Puskas turut berdepan masalah sama ketika mula tiba di Real Madrid pada 1958.

Namun, Puskas pantas menutup mulut pengkritik dengan aksi cemerlang setiap kali beraksi, selain turut melakar nama sebagai salah seorang penyerang terbaik dalam sejarah. – Daily Star

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Sahut cabaran duduk di rumah, bos Liverpool akhirnya belajar ikat tali leher

Related Posts