Liga M bakal guna pengadil import, tapi bukan bermakna pengadil tempatan tak bagus — FAM – Sukan


PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin memberi bayangan badan induk itu berkemungkinan bakal mendapatkan khidmat pengadil dari negara luar bagi mengadili perlawanan terpilih Liga Malaysia (Liga-M).

Jelasnya, perancangan drastik itu bukanlah mahu menidakkan kualiti pengadil tempatan sebaliknya dilakukan bagi mengukuhkan lagi institusi pengadilan kancah ini, lapor Stadium Astro

Ini bukan kali pertama liga domestik mendapat khidmat pengadil dari luar negara memandangkan dalam final Piala FA 2019, FAM bertindak memanggil pengadil dari Jepun, Takuto Okabe, yang turut dibantu dua lagi rakan senegara, Akane Yagi dan Osamu Nomura.

Hamidin dalam perkembangan sama turut berharap agar sistem video bantuan pengadil (VAR) dapat digunakan menjelang penghujung saingan musim 2023.

“Saya telah berbincang dengan MFL mereka perlu menilai daripada bajet dan kepentingan bahawa kami akan panggil pengadil luar untuk perlawanan tertentu.

“Tapi kena ingat, bukan pengadil tempatan tidak bagus kerana pengadil luar ini bukannya tidak terlepas daripada membuat kesilapan, kesilapan manusia.

“Tapi ini menunjukkan kami akan cuba pelbagaikan untuk buktikan FAM dan MFL bukan ditakuk lama, tapi kami tingkatkan (keupayaan) dari masa ke semasa,” katanya di Nadi Arena pada Selasa. — Stadium Astro

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Selain kelab London, stadium negara jiran jadi rujukan Sang Badak miliki ‘homeground’ baharu – Sukan

Next Post

Selain Rahadiazli, ini 4 bintang HM yang ‘terlepas flight’ ke Kemboja – Sukan

Related Posts