Lepas terpalit isu pemain diva, Nooa disingkir skuad kebangsaan? – Sukan


DI saat ramai yang menanti senarai kesebelasan utama Harimau Malaya yang bakal dipilih Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi menggalas misi negara di dalam Kejohanan Piala Raja Thailand (King’s Cup) bermula 22 September nanti, ada berita kurang enak menyapa peminat sukan tanah air.

Nama pemain kacukan Malaysia-Finland, Nooa Laine disebut-sebut sebagai pemain yang telah digugurkan daripada senarai skuad Harimau Malaya meskipun pada asalnya dia telah meraih tempat di kesebelasan utama Kim Pan-gon itu.

Dalam pendedahan mengenai pemain berusia 19 tahun tersebut, laman Twitter No Context Bola berkongsi dua poster mengandungi dua tweet dengan gambar yang telah dikaburkan.

Individu dalam gambar tersebut mendedahkan: “Nooa dapat panggilan untuk menyertai skuad senior pada kem latihan pada September namun semalam (Ahad), FAM tarik balik panggilan tersebut.”

Poster pertama yang dikongsi Twitter No Context Bola.

Poster kedua yang dikongsi Twitter No Context Bola.

Khabar angin tersebut secara tidak langsung menimbulkan persoalan sama ada dia merupakan pemain kacukan yang sebelum ini dikaitkan dengan sifat diva dan mahukan habuan daripada FAM sekiranya khidmatnya diperlukan dalam skuad kebangsaan.

Menurut khabar angin tersebut, ahli keluarga pemain itu mahu FAM menanggung semua perbelanjaan termasuklah membayar yuran ejen sebelum anaknya terbang menyertai pasukan kebangsaan.

Pada ketika itu, terdapat dua pemain kacukan yang menjadi tekaan peminat bola tempatan iaitu Nooa dan seorang lagi adalah remaja berpangkalan di England, Jaami Qureshi.

Sebagai rekod, Nooa yang juga pemain kelab Veikkausliiga Finland pernah dipanggil untuk menjalani latihan pasukan negara untuk persiapan menghadapi Sukan Sea di Hanoi tahun lalu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Luck’ Melaka United, kekecewaan skuad Milah – Sukan

Next Post

‘Footgolf’ antara resepi kapten Steffi kekal cergas, bantu Melaka pertahan PTSR – Sukan

Related Posts