Lepas Safawi Rasid, giliran Richard Chin pula nikmati ikan patin tempoyak berjersi Sri Pahang – Sukan


BARU-BARU ini kecoh dalam kalangan penyokong Sri Pahang FC apabila pemain sayap kebangsaan, Safawi Rasid menunjukkan minatnya untuk menyarung jersi skuad Tok Gajah menjelang jendela perpindahan musim kedua.

Spekulasi bahawa Safawi akan memilih Sri Pahang bermula apabila pemain berusia 26 tahun itu dilihat dilihat menikmati makanan yang cukup sinonim dengan negeri Pantai Timur itu iaitu ikan patin masak tempoyak bersama isterinya, Syifa Melvin.

Sejak foto Safawi bersama hidangan itu tersebar, ramai penyokong Sri Pahang semakin berharap bahawa Tok Gajah adalah destinasi pinjamannya yang seterusnya selepas sah mengucapkan selamat tinggal kepada kelab Thailand, Ratchaburi FC.

Untuk rekod, Safawi hanya berkelana selama lima bulan di Liga Thailand sebagai pemain pinjaman Johor Darul Takzim (JDT) sejak menyertainya pada Disember tahun lalu.

Tangkap layar Safawi sedang menikmati ikan patin masak tempoyak.

Penyokong Sri Pahang terus dihidang dengan berita khabar angin yang indah-indah apabila pemain warisan Malaysia, Richard Chin pula menjadi sasaran seterusnya kelab berpangkalan di Pantai Timur tersebut.

Ura-ura tersebut bermula apabila pemain kelab divisyen tiga liga bola sepak England, Charlton Athletic tersebut dilihat turut menikmati hidangan ikan patin masak tempoyak sambil memakai jersi Sri Pahang.

Gambar Richard sedang menikmati hidang berkenaan dimuat naik oleh laman penyokong Tok Gajah, TWTBolaPahang menerusi hantaran di laman Twitter.

Sekali pun gambar tersebut tidak mengesahkan bahawa pemain berusia 20 tahun itu akan menyertai Sri Pahang namun ia tidak menghalang penyokong untuk membayangkan Richard beraksi untuk pasukan kegemaran mereka.

Tangkap layar Richard sedang menikmati makanan berkenaan.

Richard yang memiliki pengalaman menjadi bek di beberapa kelab di England seperti Dartford pastinya menjanjikan kualiti berbeza daripada pemain tempatan, selain mampu memperkukuhkan lagi jentera pertahanan Sri Pahang.

Terdahulu, pemain kacukan England-Malaysia itu tiba di tanah air untuk menguruskan dokumentasi yang membolehkan dia bermain dengan skuad kebangsaan.

Bukan itu sahaja, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mendedahkan Richard juga bakal memperkuatkan pasukan Bawah-22 (B-22) bagi menghadapi Kelayakan Piala Asia B23 pada September ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Kedah pasukan bagus tapi kami juga hebat’, tonggak Gergasi Merah tidak sabar layan kunjungan Sang Kenari di MBPJ – Sukan

Next Post

‘Homework’ Akmal Rizal berhasil, berjaya jinakkan JDT II di Bandaraya – Sukan

Related Posts