Legenda takraw, Adnan Saidin meninggal dunia di Alor Setar – Sukan


LEGENDA sepak takraw negara, Adnan Saidin difahamkan menghembuskan nafas terakhirnya selepas dimasukkan ke hospital berikutan disyaki mengalami pendarahan di kepala.

Perkara itu disampaikan anaknya, Faizal Adnan menerusi satu hantaran di Facebooknya pada Isnin pagi tidak lama setelah menyatakan Adnan terpaksa dibawa bagi mendapatkan rawatan.

“Assalamualaikum. Untuk makluman, bapa saya, Adnan Saidin baru sahaja menghembuskan nafas yang terakhir selepas subuh tadi,” tulisnya.

Adnan cukup terkenal dalam dunia sepak takraw tanah air. — Facebook/Legasi Legenda

Allahyarham sebelum ini cukup terkenal dalam komuniti penyokong sepak takraw negara dengan dia menerima gelaran ‘Raja Libas Negara’.

9 Mei lalu, Adnan yang memasuki usia 66 tahun dimasukkan ke Pusat Perubatan Kedah (KMC), Alor Setar kerana dikatakan mengalami sakit jantung dan jangkitan kuman pada paru-paru.

Sepanjang kariernya, Allahyarham cukup terkenal dengan libas pari di posisi apit kiri dan dia kerap bergandingan dalam regu negara dan Kedah dengan Shukri Ismail (apit kanan atau pengumpan) dan Azman Ismail (tekong).

Bersama negeri Jelapang Padi itu, mereka juga pernah menjulang Piala Emas Khir Johari dalam Kejohanan Sepak Takraw Kebangsaan pada 1981, 1985, 1986 dan 1987.

Berdasarkan info terkini, Adnan menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

[VIDEO] Aksi comel awek Vietnam lawan sorak dengan fans Indonesia curi tumpuan – Sukan

Next Post

Bekas jurulatih Kelantan nafi sertai Lion City Sailors, dedah ketua jurulatih paling bagus di TRW – Sukan

Related Posts