Legenda Selangor tahu tugas berat menanti Nidzam Jamil – Sukan


LEGENDA bola sepak negara dan bekas pemain Selangor Khalid Ali berpandangan, belum tiba masanya Mohd Nidzam Jamil diberi tanggungjawab menggalas tugas memulihkan semula imej skuad Gergasi Merah.

Khalid berpendapat Nidzam yang kini merupakan pengendali interim Selangor, perlukan masa untuk dia benar-benar bersedia memikul tanggungjawab berat meletakkan juara Piala Malaysia sebanyak 33 kali itu, kembali ke landasan yang betul bagi mencabar kejuaraan.

“Dia (Nidzam) jurulatih yang baik dan mempunyai rekod baik, tetapi dia masih perlu menimba pengalaman. Saya cadangkan Selangor supaya lihat kepada jurulatih yang berpengalaman dan dibantu oleh Nidzam.

“Saya rasakan Selangor perlu mempertimbangkan untuk melantik jurulatih tempatan yang berkualiti dan mampu membimbing Selangor, bukan jurulatih dari luar negara,” katanya ketika dihubungi Bernama baru-baru ini.

Khalid yang memenangi pelbagai kejuaraan sewaktu menyarung jersi Selangor pada era 70-an dan 80-an berkata, Datuk Ong Kim Swee, Tan Cheng Hoe, Datuk K. Rajagobal, Datuk Dollah Salleh dan Datuk Zainal Abidin Hassan, antara nama jurulatih tempatan yang dirasakan layak membimbing Selangor.

Sebagai rekod, Nidzam yang dilantik sebagai Penolong Ketua Jurulatih Selangor bagi musim 2022, memikul tugas sebagai pengendali interim selepas peletakan jawatan Michael Feichtenbeiner awal bulan ini, susulan prestasi buruk pasukan.

Bagaimanapun, pasukan bimbingan bekas pemain kebangsaan itu tewas dalam dua perlawanan pertamanya sebagai pengendali interim masing-masing kepada Terengganu FC (TFC) 0-2 dan Petaling Jaya (PJ) City FC 0-1 di laman sendiri, bulan ini.

Nidzam mempunyai rekod kerjaya kejurulatihan yang baik, apabila menjadi antara jurulatih termuda memenangi kejohanan peringkat kebangsaan seperti membawa kelab Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Putrajaya (SPA Putrajaya), muncul juara Liga FAM pada 2012, ketika beliau berusia 32 tahun.

Selepas SPA Putrajaya, dia pernah menjadi jurulatih AirAsia FC dalam Liga FAM dan membimbing pasukan Universiti Malaysia pada Sukan Universiti Dunia Musim Panas di Taiwan pada 2017.

Nidzam pernah dilantik sebagai penolong ketua jurulatih Felda United FC, sebelum dinaikkan pangkat menjadi Ketua Jurulatih pada November 2018.

Berikutan prestasi buruk musim 2022, Selangor kini menghuni tangga kesembilan Liga Super dengan mengumpul 16 mata daripada 15 perlawanan, selain tersingkir di separuh akhir Piala FA di tangan TFC. Selangor juga melalui kemarau kejuaraan enam tahun selepas memenangi Piala Malaysia 2015. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Sathianathan respons khabar angin kendali Perak FC – Sukan

Next Post

MFL perkenal tiket baharu final Piala FA, harga sama macam tahun lepas – Sukan

Related Posts