Legenda Liverpool Jamie Carragher ada calon pemain ‘sensasi’ untuk Anfield

LEGENDA Liverpool, Jamie Carragher memilih Kevin De Bruyne sebagai pemain yang akan ditandatanganinya untuk Liverpool sekiranya dia mempunyai pilihan, yang disifatkannya sebagai ‘begitu sensasi’.

Pemain skuad kebangsaan Belgium itu mencatatkan bantuan ke-80 dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Sabtu, menyamai ikon Manchester United, David Beckham.

Bagaimanapun, pemain tengah Manchester City itu melakukannya dalam 68 perlawanan yang lebih sedikit.

De Bruyne bergelut untuk mengekalkan dirinya kerana perlu pulih daripada kecederaan buku lali ketika Euro 2020, selain dijangkiti Covid-19.

Bagaimanapun, dalam beberapa minggu kebelakangan ini, pemain berusia 30 tahun itu berada dalam prestasi yang menakjubkan.

Carragher berkata, De Bruyne berada dalam senarai teratas bagi pemain EPL yang akan dibawanya ke Anfield sekiranya dia mempunyai peluang. – Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Cedera rempuh bas, juara Tour de France dikejarkan ke hospital

Next Post

Zii Jia, Jin Wei dah ‘bebas’

Related Posts