Legenda EPL pertahan Casemiro, dedah sudut lain VAR – Sukan


PEMAIN Manchester United, Casemiro menjadi satu-satunya pemain yang dibuang padang susulan insiden pergaduhan skuad The Red Devils itu dengan Crystal Palace dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris pada Sabtu.

Tonggak tengah Brazil itu dilayangkan kad merah selepas Jeffrey Schlupp mengasari pemain sayap Man United, Antony, yang menyebabkan berlaku kekecohan dan menyaksikan Casemiro diarah keluar padang kerana bertindak ganas.

Imbasan video bantuan pengadil (VAR) mendapati Casemiro mencekik leher pemain Palace, Will Hughes.

Namun keputusan tersebut disifatkan pengendali Man United, Ten Hag sebagai berat sebelah kerana penyerang Palace, Jordan Ayew juga melakukan kekasaran dengan cara sama kepada Fred.

Pemerhati bola sepak England, Alan Shearer bertindak mempertahankan Casemiro kerana percaya ada sudut kamera berbeza tidak digunakan oleh VAR.

Sudut kamera alternatif menunjukkan Casemiro mencengkam baju Hughes dan bukan lehernya. — Agensi

Legenda bola sepak Inggeris itu juga berasakan tindakan dibuang padang itu sangat keras terhadap bekas pemain Real Madrid itu.

Dia berkata, terdapat sudut lain VAR yang menunjukkan insiden itu tidaklah seburuk seperti yang disangka.

“Dari sudut kamera alternatif menunjukkan tiada niat jahat di wajah Casemiro dan dia lebih mencengkam baju Hughes dan bukan lehernya,” katanya.

Seorang lagi pemerhati bola sepak, Ian Wright juga berasakan keputusan itu tidak adil terhadap Casemiro.

“Casemiro melindungi pemain dan Hughes menahannya. Jika Casemiro dibuang padang, sepatutnya ramai lagi pemain yang dibuang padang,” katanya.

Keadaan tersebut menyaksikan pemain tengah Red Devils itu bakal digantung tiga perlawanan ketika berdepan Leeds United (dua perlawanan) dan Leicester City.

Dia bagaimanapun akan kembali dibenarkan beraksi pada aksi akhir Piala Carabao menentang Newcastle United penghujung bulan ini. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Masa jadi penentu, Gergasi Merah yakin peledak Colombia mampu tunjuk ‘taring’ – Sukan

Next Post

Bertemu Kedah aksi pertama Liga Super, Hadi Fayyadh laung ikrar buat penyokong TBG – Sukan

Related Posts