Legenda bola sepak Kelantan dijemput Ilahi akibat komplikasi diabetes – Sukan


BEKAS pemenang anugerah Kasut Emas Liga Malaysia pada 1990, 1993 dan 1994, Mohd Hashim Mustapha menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan pada Selasa.

Mohd Nizab Ayub, menantu kepada bekas penyerang prolifik Kelantan itu berkata bapa mentuanya, yang sedang mendapatkan rawatan di hospital tersebut meninggal dunia pada 10.25 malam, akibat komplikasi kencing manis.

“Papa (Mohd Hashim) meninggal dunia di sisi ahli keluarga selepas menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HUSM Kubang Kerian.

“Jenazah Papa akan dikebumikan esok,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Mohd Hashim sebelum ini terpaksa ditidurkan berikutan keadaannya yang agak kritikal.

Pada Oktober lalu, Mohd Hashim yang berusia 57 tahun menjalani pembedahan memotong kaki kirinya, akibat penyakit kencing manis yang dialaminya sejak beberapa tahun lalu.

Legenda bola sepak Kelantan itu pernah dinobatkan penjaring terbanyak dan memenangi anugerah kasut emas pada era 90-an dalam saingan Liga Malaysia, selain turut mewakili negara pada era tersebut.

Penyerang kelahiran Kota Bharu itu, pernah dilantik sebagai penolong jurulatih pasukan Kelantan pada 2010 sehingga 2012, dan pernah menjadi ketua jurulatih pasukan Tok Janggut Warriors FC yang beraksi dalam Liga M3. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pengalaman Piala Dunia antara 5 sebab Terengganu idam tandatangan bekas bintang – Sukan

Next Post

Murah senyuman, warak antara karakter Hashim yang dirindu 2 legenda bola sepak – Sukan

Related Posts