‘Legend’ Perak yakin Safawi Rasid pilih kelab tak ‘hilangkan’ prestasi, kredibiliti – Sukan


PEMAIN sayap Johor Darul Takzim (JDT), Safawi Rasid mencetuskan persoalan apabila memberi bayangan tempoh pinjamannya bersama kelab Thailand, Ratchaburi FC dalam saingan Liga 1 Thailand sejak awal tahun ini sudah berakhir.

Destinasi Safawi seterusnya menjadi tanda tanya dalam kalangan penyokong dengan ada yang mengandaikan pemain itu bakal ke Sri Pahang FC atau Terengganu FC.

Tidak kurang juga yang mengaitkan pemain kebangsaan itu ke kelab lain antaranya Kedah Darul Aman FC, Sabah FC dan Perak FC.

Melihat kepada situasi itu, legenda Perak, Khalid Jamlus berkata, Safawi perlu bijak dalam membuat pilihan ke mana pun destinasi pilihan demi kerjaya bola sepaknya.

“Kalau saya sendiri balik dari kelab luar negara pun, saya nak cari pasukan yang ikut keselesaan saya, bermain di posisi yang saya boleh turun setiap game dan tiada isu yang dipersoalkan.

“Tapi di sini apa sahaja keputusan yang Safawi buat berdasarkan kepada pilihan dia sebab dia pun mesti ada mahukan sesuatu yang terbaik buat dirinya,” katanya kepada Majoriti.

Safawi bersama peminat yang menyokongnya di kelab Ratchaburi FC. — Facebook/ Ratchaburi FC

Ditanya jika Safawi sesuai ke Perak FC, dia berasakan pemain itu tentunya akan memilih sebuah pasukan yang kuat untuk memastikan dirinya tidak ‘hilang’ dari dunia bola sepak tempatan.

“Yang saya dapat pastikan, kalau Safawi balik ke sini, dia akan pastikan dia ke sesebuah pasukan yang kuat di mana dia takkan ‘hilang’.

“Ini untuk meningkatkan prestasi dan kredibilitinya sebab kalau dia tak kena dengan team yang dia main nanti pun, dia akan drop dari segi permainan,” katanya lagi.

Khalid juga tidak menolak kemungkinan Safawi kembali beraksi dengan majikannya, JDT.

“Mungkin dia balik ke JDT, siapa tahu? cuma khabar angin tapi dia saja tahu ke mana dia pergi.

“Ke mana arah tuju dia dalam liga tempatan, keputusan adalah di tangan dia.

“Kalau org isukan dia balik ke JDT pun tak boleh nak kata apa sebab dia saja yang tahu,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pol Corpas ingin sertai Selangor FC, dedah status 11 pemain rekrut jendela perpindahan kedua TRW – Sukan

Next Post

Ada perkara merisaukan Fandi Ahmad menjelang aksi menentang Penang FC – Sukan

Related Posts