Lee Zii Jia guna gambar hitam di Facebook, apa sedang berlaku?

LEE Zii Jia memilih untuk menggunakan gambar hitam kosong di laman sosial Facebook miliknya hari ini.

Perubahan itu dibuat hanya beberapa jam selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan bahawa pemain nombor satu Kebangsaan itu tidak akan didaftarkan untuk semua kejohanan selama dua tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: BAM akhirnya buat keputusan, Lee Zii Jia tidak didaftar sertai mana-mana pertandingan selama 2 tahun

Gambar serba hitam yang digunakan ternyata menjadi perbualan ramai, malah dia turut dihujani lebih 6,000 komen yang memberikan kata-kata semangat buatnya.

Posting gambar hitam di Facebook miliknya turut menerima lebih 52,000 tanda suka.

Terdahulu, Zii Jia telah dikenakan penggantungan selama dua tahun daripada semua kejohanan yang dibenarkan oleh Persekutuan Badminton Dunia bermula 18 Januari 2022.

Ini bermakna Zii Jia tidak akan didaftarkan untuk sebarang kejohanan dalam tempoh dua tahun.

BAM pada Rabu lalu mengesahkan Zii Jia telah meletak jawatan sebagai pemain persatuan itu. – The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

BAM akhirnya buat keputusan, Lee Ji Jia tidak didaftar sertai mana-mana pertandingan selama 2 tahun

Next Post

Isu tuntutan maaf Majoriti-FAM selesai – Hamidin

Related Posts