Lee Tuck masih ‘fit’, raih tempat pertama acara sukan lasak di Sepanyol – Sukan


MASIHKAH anda ingat dengan bekas pemain kebangsaan, Lee Andrew Tuck yang memilih untuk meninggalkan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada jendela perpindahan kedua meskipun baru menyertai pasukan itu pada awal tahun.

Kini Lee Tuck membuktikan bahawa dirinya masih cergas untuk bermain bola sepak selepas meraih tempat pertama bagi sukan lasak yang dipanggil Hyrox.

Hyrox mempunyai pelbagai cabaran yang memerlukan anda untuk berlari satu kilometer (km) untuk ke setiap stesen yang mempunyai tugasan untuk anda menamatkan pertandingan itu.

Bekas pemain Sang Kenari itu, berjaya meraih tempat pertama dalam kategori umur 35 hingga 39 tahun yang menyaksikan dia menamatkan cabaran tersebut kurang daripada sejam.

Lee Tuck dalam media sosial bagai tidak percaya dengan kejayaan yang diraihnya itu selepas sudah berusaha keras bagi menghadapi pertandingan tersebut.

“Bagai tidak percaya, tempat pertama dengan catatan masa 57:09 minit.

“Saya datang ke Barcelona, Sepanyol dengan matlamat untuk mengetahui bahawa saya telah meletakkan segala usaha untuk pertandingan ini.

“Tetapi saya tidak menyangka ini akan berlaku (juara), saya hanya dapat bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar.

“Saya mahu berterima kasih kepada semua orang yang membantu saya sepanjang perjalanan ini,” katanya.

Lee Tuck menjuarai pertandingan Hyrox bagi kategori umur 35 hingga 39 tahun.

Sebelum ini, Lee Tuck dikaitkan untuk kembali ke bekas pasukannya, Halifax Town selepas dia menghubungi pengendali pasukan, Chris Millington untuk berbincang mengenai kepulangannya.

“Lee Tuck ada hubungi kelab ini dan kami memberikannya peluang untuk kembali beraksi dalam beberapa permainan supaya mendapatkan semula kecergasannya.

“Langkah itu juga akan menyaksikan dia mendapatkan semula rentaknya dalam bola sepak di England, sekali gus melihat sama ada dia mampu menyesuaikan diri atau tidak,” katanya menurut laporan Halifax Courier.

Ketika ini, Halifax Town berada dalam Liga Kebangsaan dengan pasukan terbabit pernah menjadi destinasi Lee Tuck ketika dia baru sahaja menceburi sukan tersebut.

Bagaimanapun, tempoh perkhidmatannya bersama kelab itu tidak berpanjangan apabila dia memilih untuk berhijrah serta mencari majikan baharu di beberapa negara luar. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

[VIDEO] Disebut-sebut kekal bos HM sampai 2025, susah nak lupa 4 momen luar padang Kim Pan-gon – Sukan

Next Post

[VIDEO] ‘Apa berlaku saya bertanggungjawab’, momen TMJ peluk Aysar bukti susah senang JDT – Sukan

Related Posts