Layangan kad kuning pertama di Olimpik, fizikal pemain skuad kebangsaan pernah jadi bahan jenaka – Sukan


SUKAN Olimpik Munich 1972 merupakan pentas tertinggi pasukan bola sepak tanah air pernah beraksi.

Ia berikutan satu-satunya pentas Olimpik yang pernah menyaksikan aksi skuad Harimau Malaya.

Pada tahun 1972, skuad Harimau Malaya melayakkan diri untuk bertanding di pentas Olimpik Munich, Jerman setelah berjaya menewaskan Jepun, Korea Selatan, Taiwan dan Filipina. Malaysia hadir bersama Burma sebagai reputasi gergasi Asia pada waktu itu.

Meskipun 39 tahun telah berlalu, memori dilayangkan kad kuning pertama pada perlawanan pembukaan Sukan Olimpik di Munich, Jerman pastinya tidak akan dapat dilupakan oleh legenda tanah air, Rahim Abdullah.

Skuad Harimau Malaya 1972. — Agensi

Pemain sayap kanan pasukan Malaysia itu dilaporkan berkata, dia dilayangkan kad kuning kerana kesalahan mengasari pemain pertahanan kiri Jerman Barat.

Tambahnya ketika itu, dia melakukan terjahan keras terhadap pemain tersebut setelah tidak berpuas hati kerana sering diterjah oleh pihak lawannya itu.

Malah, 20 minit sebelum permainan ditamatkan, Ketua Jurulatih pasukan Malaysia ketika itu, Jalil Che Din dilaporkan mengarah Rahim untuk keluar daripada padang selepas diberikan kad kuning.

Bagaimanapun, pengendali itu dilaporkan berkata, ketika pemeriksaan keselamatan dijalankan sebelum perlawanan dimulakan, dia ternampak pemain-pemain pasukan tuan rumah ketawa apabila melihat kami.

Katanya ketika ini, disebabkan perbezaan saiz badan yang begitu ketara menyebabkan mereka ketawa.

Namun, bagi pemain-pemain negara ia adalah pembakar semangat untuk menunjukkan bahawa `Malaysia Boleh’.

Dalam perlawanan tersebut ketika itu, skuad kebangsaan gagal meraih kemenangan selepas pasukan tuan rumah menjaringkan tiga gol menewaskan Harimau Malaya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kedah jadi penentu usaha kami buru slot ke Asia — Cheng Hoe – Sukan

Next Post

Status kontrak bersama Penang masih samar, Kogi ada tonik benam Tok Gajah – Sukan

Related Posts